Jenis Perniagaan  :

Bubur Ayam Dan Kuih Muih

 Pengusaha  :  Eyya Ahmad
 Lokasi  : Felda Palong 4,5,6
Facebook  : Eyya Ahmad

 

Puan Harliza atau lebih dikenali dengan Liza merupakan anak generasi kedua Felda Palong 5. Beliau telah membuka kedai sejak 5 tahun yang lalu dan mengumpulkan semua makanan viral dan menjadi vendor makanan di Pusat Bandar Palong. Tambahan, kedai beliau menjadi tumpuan pelanggan yang inginkan manisan dan makanan viral. Kini, beliau bersama kumpulan vendor yang lain mendapat sambutan yang memberansangkan.

Cik Ema atau lebih dikenali sebagai Fatimah adalah anak generasi Felda Palong 5. Setelah habis tamat pengajian siswazah, beliau memulakan perniagaannya dengan menjual coklat yang merupakan makanan kegemarannya. Beliau menjual aneka jenis coklat Beryls dan mendapat sambutan yang memberansangkan memandangkan coklat yang dijualnya mendapat harga yang lebih murah berbanding harga pasaran masa kini. Tambahan, beliau juga bekerja di kedai perabot dan juga menjadi jurujual pelbagai barangan perabot. Beliau sangat berpuas hati dengan hasil yang diperolehnya.

 

Puan Nursafra atau lebih dikenali sebagai Safra menetap di Felda Palong 6 sejak 3 tahun yang lalu. Beliau seorang ibu muda yang mempunya 2 orang cahaya mata dan bersemangat yang tinggi dalam mempelajari bidang keusahawanan. Beliau lebih cenderung kepada menjual alat solek dan pelbagai barang lain. Beliau medapat sokongan padu daripada keluarga mertua dan suaminya yang sering membantu kerja-kerja pos, menghantar barang dan sebagainya. Beliau juga sangat rajin hadir di PEDi Palong 5 untuk mempelajari cara untuk membuka kedai atas talian seperti Shopee dan Tiktok Bisnes.

 

Puan Multazimah atau lebih dikenali sebagai Kak Imah merupakan anak generasi kedua Felda Palong 4. Beliau seorang suri rumah dan mempunyai seorang cahaya mata. Oleh kerana minat terhadap kraftangan, beliau menceburi bidang kraftangan dengan mencuba membuat keychain, bingkai gambar dan sebagainya. Kini, beliau sudah mula mendapat permintaan ramai dan pelbagai jenis telah dihasilkan.