Pertanian ni diusahakan oleh Encik Mohd Shahidi Bin Mustaffar. Oleh kerana minatnya terhadap pertanian, beliau memilih untuk menceburi bidang pertanian dengan menanam pelbagai jenis sayuran antaranya cili padi dan terung. Memiliki kawasan rumah Felda yang agak besar membuatkan beliau membuat prjek pertanian secara kecil-kecilan di kawasan rumah sahaja. Kini, beliau sangat berpuas hati kerana hasil yang diperolehinya sangat memberansangkan dan lumayan.

 

Perniagaan ini diusahawan oleh Khairul Azwan  yang merupakan anak peneroka Felda palong 6. Memilih sebagai berniaga, beliau kini membuka perniagaan kecil-kecilanya di hadapan rumahnya bertempat di Felda Palong 6. Selain itu, Khairul Azwan  juga membuat perkhidmatan penghantaran rumah ke rumah. Pelbagai menu yang dijual antaranya pelbagai minuman didalam bekas minuman yang besar menjadi tumpuan pembeli.

 

 

Perniagaan ini diusahawan oleh Encik Zahri dan isterinya yang merupakan anak peneroka Felda palong 6. Memilih sebagai berniaga, beliau telah membuka kedai di Pusat Bandar Palong 4,5,6 lebih 3 tahun yang lalu. Mewarisi perniagaan arwah ayahnya, beliau nekad untuk berhenti kerja dan meneruskan menjual cendol dan terus membuka gerai di Palong. Selain itu, pelbagai menu tambahan yang terdapat di gerai Encik Zahri.

 

Perniagaan ini diusahawan oleh Puan Ismaniza yang merupakan anak peneroka Felda palong 4. Memilih sebagai berniaga, beliau kini membuka perniagaan kecil-kecilanya di hadapan rumahnya bertempat di Felda Palong 4. Selain itu, Puan Ismaniza juga membuat perkhidmatan penghantaran rumah ke rumah. Pelbagai menu yang dijual antaranya aneka air boba, ais blended, ayam goreng RM1 dan pelbagai makanan sampingan. Kini, beliau sangat gembira dengan hasil perniagaannya.

 

 

 

Kedai Motosikal Abu Motor ini telah  diusahakan oleh Encik Abu sejak lebih 10 tahun yang lalu. Encik Abu telah mengusahkan kedai ini secara sendiri dan kedai tersebut adalah satu-satunya kedai motosikal melayu yang maju di sekitar Pusat Bandar Palong 4,5,6 ini. Selain itu, Encik Abu juga bersama-sama anaknya kini mengusahkan kedai tersebut dan kini anaknya banyak membantunya menguruskan kedai motosikal tersebut. Encik Abu sangat berpuas hati kerana sehingga kini, pelanggannya dia sering bertambah dan mendapat kepercayaan dari penduduk setempat.