Buntang Barbershop diusahakan oleh Encik Muhammad Shahmi yang membesar di Felda Palong 4. Berumur 24 tahun, beliau mempunyai kemahiran dalam bidang menggunting rambut dan mempunyai pengalaman selama 2 tahun bekerja di Kuala Lumpur. Kini, beliau sudah mempunyai kedainya sendiri dan berkidmat di kampung halamannya sendiri. Beliau mendapat perhatian kanak-kanak dan belia yang ingin menggayakan rambut mereka di Buntang Barbershop.

Cik Ana Binti Mohd Shukor merupakan anak generasi kedua Felda Palong 5. Beliau seorang yang sangat ceria dan peramah disamping suka membantu orang ramai. Cik Ana merupakan Pengurus Pusat Internet Felda Palong 5 selama 6 tahun dan sangat minat terhadap berniaga. Beliau mula berjinak dengan dunia Tupperware Brands semenjak 3 tahun yang lalu dan mendapat sambutan yang memberansangkan. Kini, beliau sangat berpuas hati dengan hasil yang diperolehnya disamping dapat berkhidmat dengan komuniti di kampung sendiri.

 

Poliklinik Medi Ihsan baru dibuka sejak 2 bulan yang lalu. Poliklinik ini adalah kepunyaan anak kelahiran anak peneroka Felda Palong 5 dimana mereka mahu berkhidmat dengan membuka klinik swasta di sekitar Palong 4,5,6. Mempunyai peralatan yang lengkap dan memudahkan urusan bagi komuniti Felda Palong 4,5,6. Kini, dengan adanya Poliklinik Medi Ihsan dapat membangunkan Pusat Bandar Palong 4,5,6.

Cik Emylia Jamalludin merupakan anak peneroka Felda Palong 6 dan juga seorang guru Kafa di Sekolah Kebangsaan Felda Palong 5. Beliau seorang yang sangat aktif dan suka mengisi masa lapangnya dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Oleh kerana minat terhadap perniagaan, beliau menajalankan perniagaan perkhidmatan jurukamera bagi majlis-majlis seperti kenduri kahwin,majlis cukur jambul dan sebagainya. Apabila musim Covid-19 melanda, beliau mencari peluang membuat perkhidmatan cetakan gambar ukuran passport, cetakan dokumen-dokumen dan sebagainya. 

 

Puan Nora dan suaminya Encik Bob merupakan anak generasi kedua di Felda Palong 5. Oleh kerana kedua-dua pasangan ini terlalu minat dalam bidang perniagaan beliau telah mencuba pelbagai jenis perniagaan antaranya gerai makanan basah seperti ikan dan sayuran di pasar pagi, kedai burger, kantin sekolah dan kini beliau fokus membuka kedai makan yang baru sahaja dirasmikan 2 bulan yang lalu di Felda Palong 5. Beliau membuka kedai makan dari sarapan pagi, makanan tengahari dan makanan western di sebelah malam. Kini beliau mengusahakan kedai itu dengan fokus dan tekun.