Hutan Lipur Serting Ulu merupakan sala.h satu tempat yang menarik disekitar Jempol,Negeri Sembilan. Hutan Lipur ini mula dibangunkan pada tahun 1986 dan mula mendapat tempat dihati pengunjung dengan persekitaran yang menarik dan membuatkan pengunjung cenderung untuk datang ke Hutan Lipur Serting Ulu ini.

Hutan Lipur Serting Ulu atau lebih dikenali dengan Jeram Serting Ulu ini menjadi tempat beriadah serta bermandi manda pengunjung.Tempat ini juga bersih dan dijaga oleh pengunjung dan penduduk setempat dan membuatkan pengunjung tidak pernah putus untuk datang ke Jeram ini.

 

Taman Rekreasi D'Amaya pada asalnya adalah dikenali dengan Jeram Panjang.Ianya terletak berdekatan dengan kawasan Palong 7 dan 8.Selain itu,tempat itu pada mulanya tidak mendapat sambutan dan hanya merupakan sungai biasa yang memisahkan Plaong 7 dan 8 dengan kampung Jeram Panjang. Baru-baru ini,Adun Palong telah melancarkan satu program kerakyatan dimana mereka mengadakan satu program untuk mengeratkan silaturrahim dan membina semula jeram tersebut. Menurut Adun Palong, jeram tersebut akan dibangunkan dan sekaligus dapat meningkat ekonomi penduduk setempat. Dalam majlis tersebut beliau merasmikan nama baharu jeram tersebut Taman Rekreasi D'Amaya.

 

Di Felda Palong 5 ini tidak terdapat tempat pelancongan ekoran semuanya kawasan penempatan dan pertanian. Namun begitu,terdapat beberapa tempat yang dekat dan ramai penduduk kunjungi. Antaranya ialah:-

 1) Mini Water Park Di Felda Palong 5-5 Kilometer dari PEDi Palong 5

                            

 

2) Hutan Lipur Jeram Tengkek-53 kilometer daripada Felda Palong 5

 

Hutan lipur ini terletak di Hutan Simpan Serting iaitu kira-kira 30 minit dari pekan Batu Kikir. Hutan Dipterokarp Pamah ini kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan dan landskap batu-batan yang pelbagai bentuk. Sungai Jempol dan Sungai Tanun mengalir membentuk jeram semulajadi yang sesuai untuk aktiviti berkelah. Disamping itu, di sini juga terdapat perkampungan Orang Asli untuk dilawati.

3) Hutan Lipur De Bana- 45 Kilometer daripada Felda Palong 5

  

Hutan Lipur De Bana atau kini telah dikenali sebagai Kem Latihan Khidmat Negara. Hutan Lipur De Bana terletak di kawasan Lui dan sebahagian daripada hutan simpanan Pasoh yang berada di ketinggian lebih kurang 200 meter dari paras laut. Sebaik sahaja pengunjung masuk ke kawasan ini, kita boleh lihat gunung-ganang yang menjadi latar belakang hutan lipur ini. Di sebelah kanannya pula terdapat 'dinding' batu setinggi hampir 5-6 meter merentangi kawasan ini. 

4) Teratak Za'ba-55 kilometer daripada Felda Palong 5

Teratak Za'ba yang terletak di Kampung Bukit Kerdas, Jempol bukan sahaja mempamerkan koleksi peribadi Pendeta Za'ba malah mempamerkan koleksi barang-barang yang digunakan pada zaman beliau. ianya terletak lebih kurang 10 minit dari Pekan Bahau/Batu Kikir.Teratak Za'ba merupakan sebuah memorial yang dibina sebagai mengenang jasa Pendeta Za'ba sebagai seorang tokoh yang banyak menyumbang di dalam bahasa melayu, seorang budayawan dan pejuang bangsa.






 

 

Bukit Taisho telah lama wujud dan kini menjadi tumpuan pendaki bukit apabila melihat keindahan alam yang cantik serta boleh melihat matahari tebit dan terbenam. Keindahan alam yang boleh dilihat membuatkan tempat ini menjadi tumpuan pendaki bukit secara berkumpulan.