Puan Harliza Khalid atau lebih dikenali dengan Puan Liza seorang yang sangat positif dan ceria. Beliau sudah mempunyai 3 cahaya mata dan menguruskan hal-hal berkaitan kedai cermin suaminya. Beliau juga minat terhadap perniagaan dan pada tahun 2020 beliau telah membuka mini gym di sekitar Palong 4,5,6. Beliau juga menjual barangan deko rumah dan mendapat sambutan yang memberansangkan. Kini, mini gym beliau sudah dikenali dan mendapat permintaan oleh warga Palong.