KEDUDUKAN LOKASI DAN DAERAH

Jempol merupakan antara daerah yang terbesar di Negeri Sembilan. Daerah ini terletak bersempadan dengan Negeri Pahang. Bandar utamanya ialah Bahau. Jarak antara Bahau dengan Kuala Pilah ialah 21 km.Kawasan pentadbiran Daerah Jempol mengandungi 5 buah mukim iaitu Mukim Serting Ilir, Mukim Jelai, Mukim Kuala Jempol, Mukim Rompin dan Mukim Serting Ulu. Keluasannya ialah 148,090 hektar. Jumlah penduduknya ialah 117,700 orang.

Dijangkakan daerah ini akan terus membangun dalam masa tedekat ini di antara 5 hingga 10 tahun lagi. Di sini juga teletaknya pertembungan antara Sungai Muar dan Sungai Serting. Ia lebih dikenali sebagai Desa Penarikan.

 

                                         

 

 

 

sumber:http://3.bp.blogspot.com/o6zE0jgNnFE/UV3pUYGXAoI/AAAAAAAAAcU/XTcaSCPoEvM/s1600/peta+Negeri+Sembilan.png

 

 

 POPULASI PENDUDUK FELDA PALONG 5

Disini terdapat 1504 orang penduduk di Felda Palong 4,5 dan 6. Majoriti daripada mereka adalah penduduk berbangsa melayu dan terdapat hanya segelintir sahaja yang berbangsa India dan Cina. Semua daripada mereka melakukan pekerjaan sebagai peneroka dengan melakukan tanaman sawit dan getah. Walaubagaimanapun, terdapat anak-anak peneroka generasi kedua yang mengubah cara hidup mereka sendiri dengan melakukan projek-projek tanaman yang lain bagi kaum lelaki dan para wanita mengambil kelebihan mereka untuk berniaga mengikut kreativiti masing-masing.Salah seorang daripada mereka ini merupakan pelajar lepasan diploma Sains Komputer UITM dan berumur 23 tahun.Walaupun menceburi bidang yang berlainan semasa belajar dahulu beliau bertekad untuk terus menceburi bidang pertanian.Melalui kemahiran komputer yang dimiliki beliau memasarkan sendiri produk cili yang beliau usahakan melalui laman sosial.Bukan itu sahaja beliau juga sering diundang oleh institut-institut kerajaan dan swasta untuk memberi taklimat mengenai pertanian.

 

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PALONG

 

 

YB TN HJ. Mustafa Bin Nagoor 

 

 

MENERIMA LAWATAN DARIPADA SKMM HQ (DR MAZLAN ISMAIL)

DSCN0575

                              DSCN0568