Influenza diklasifikasikan kepada 3 jenis utama iaitu A,B dan C. Influenza A adalah jenis yang kerap berlaku dimana jangkitan ringan akan sembuh dengan sendiri namun jangkitan yang teruk boleh meragut nyawa.
Individu yang mempunyai risiko komplikasi influenza seperti warga emas berumur lebih 65 tahun atau individu yang lemah system pertahanan badan perlu mendapatkan bantuan rawatan perubatan dengan segera.
Di musim perubahan cuaca ini, selesema adalah lazim berlaku dikalangan penduduk di Malaysia. Bagi mengelak jangkitan influenza, amalkan cara basuh tangan yang betul dan kerap, elakkan tempat awam yang ramai pengunjung, tutup mulut dan hidung apabila anda bersin dan batuk serta digalakkan duduk dirumah sekiranya anda demam.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

https://www.facebook.com/search/top/?q=influenza%20a&epa=SEARCH_BOX

 

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia.
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  1. 1-Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
  2. 2- Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  3. 3-Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh /     merawat lepuh;
  4. 4- Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan                larutan campuran kloroks;
  5. 5-Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
  6. 6- membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

Majlis pelancaran Combi yang dijalankan di Dewan Palong 4,5,6 dengan kerjasama Felda dan Sekolah Menengah Seri Perpatih serta Klinik Kesihatan Palong 4,5 & 6. Selain itu, mereka juga didedahkan tentang persekitaran yang bersih serta tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes.

KLINIK KESIHATAN PALONG 4,5,6

                    

KLINIK KESIHATAN FELDA PALONG 4,5,6

FELDA PALONG 4,5,6,

73430 GEMAS,NEGERI SEMBILAN

NO TEL: 06-466 6433

Klinik kesihatan Palong 4,5,6 menawarkan khidmat kesihatan dengan bayaran RM 1 kepada pesakit.Selain itu menawarkan khidmat pergigian,ibu mengandung dan kanak-kanak. Klinik disini juga sangat aktif dengan kumpulan pengurusan berat badan bersama komuniti setempat dan kelas pengambilan makanan sihat kepada ibu mengandung