Influenza diklasifikasikan kepada 3 jenis utama iaitu A,B dan C. Influenza A adalah jenis yang kerap berlaku dimana jangkitan ringan akan sembuh dengan sendiri namun jangkitan yang teruk boleh meragut nyawa.
Individu yang mempunyai risiko komplikasi influenza seperti warga emas berumur lebih 65 tahun atau individu yang lemah system pertahanan badan perlu mendapatkan bantuan rawatan perubatan dengan segera.
Di musim perubahan cuaca ini, selesema adalah lazim berlaku dikalangan penduduk di Malaysia. Bagi mengelak jangkitan influenza, amalkan cara basuh tangan yang betul dan kerap, elakkan tempat awam yang ramai pengunjung, tutup mulut dan hidung apabila anda bersin dan batuk serta digalakkan duduk dirumah sekiranya anda demam.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

https://www.facebook.com/search/top/?q=influenza%20a&epa=SEARCH_BOX