Sekolah Kebangsaan (Felda) Palong 5 atau nama ringkasnya SK (Felda) Palong 5, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Palong 5.Sekolah ini mempunyai 1 sahaja sesi persekolahan iaitu pada waktu pagi sahaja.

 

Alamat:-

Sekolah Kebangsaan (Felda) Palong 5

Felda Palong 5,

73430,Gemas

Negeri Sembilan, Malaysia

Telefon = 6064666714

Fax = 6064666714

 

Mesyuarat agung PIBG kali ke 37 yang dirasmikan oleh YB Senator Dato Hj Salim Bin Sharif yang merupakan Ahli Dewan Negara Merangkap Ketua UMNO Bahagian Jempol.

Tarikh: 8/2/2018
Masa: 14.30 Petang
Tempat: Dewan Sekolah Rendah Palong 5.

 

 

 

PENDIDIKAN

 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PERPATIH

 

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1983 dengan nama asalnya SMK Palong 4(F).Pada tahun 1995, SMK Seri Perpatih diberi nama “Seri Perpatih” pula melambangkan identiti adat Negeri Sembilan. Sekolah ini dimulakan dengan hanya 3 blok bangunan yang mengandungi 14 buah bilik darjah, 2 makmal Sains, 1 bengkel KH dan sebuah kantin. Pelajar ketika itu seramai 105 orang. Disebabkan pertambahan pelajar tahun demi tahun terlalu drastik, menyebabkan kemudahan fizikal terpaksa ditambah. Pada tahun 1995, Empat blok ditambah iaitu blok bilik darjah, bengkel KH, makmal Sains tulen dan bengkel Sains Pertanian. Kelas aliran Sains buat pertama kali dimulakan pada tahun 1996.

Projek KDP dimulakan pada 1991, makmal IT telah siap dibina pada tahun 2000 dan Dewan Sekolah telah siap dibina pada 2001. Makmal Bahasa telah siap dibina pada bulan Oktober 2003.Kelas Tingkatan 6 mula ditubuhkan pada tahun 2008. Seramai 98 calon yang mendaftar daripada 260 calon yang ditawarkan.Dari tahun 2004 sehingga kini calon yang ditawarkan adalah lebih kurang 260 orang tetapi yang mendaftar sekitar 90-100 orang dan akhir sekali yang tinggal sekitar 40-70 orang. Pelajar tingkatan 6 di SMK Seri Perpatih datang dari sekitar Felda Palong iaitu dari Palong 1 hingga Palong 21. Mereka datang dengan menaiki motosikal dan dihantar oleh penjaga. Pengurangan Pelajar dari Tingkatan 6 seperti data di enrolmen disebabkan mereka datang dari jauh kerana tiada kemudahan pengangkutan dan tempat tinggal ( asrama ) yang disediakan di sekolah ini.

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) mula beroperasi pada penghujung tahun 2008 dan menerima pelajar pertamanya pada awal tahun 2009. Pihak sekolah telah memperuntukan 2 buah kelas yang telah lengkap diubahsuai sepenuhnya pada penghujung tahun 2009. Justeru, golongan istimewa dapat belajar dan bersosial bersama para pelajar di aliran perdana dengan lebih yakin dan seronok.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perpatih

Pusat Bandar Palong 4,5 & 6,

73430, Gemas

Negeri Sembilan, Malaysia

Telefon = 6064666362

Fax = 6064665711