Tarikh  9 November 2024
Masa :

 10.00 Pagi - 5.00 Petang

Peserta :  41 Orang
 Lokasi :  NADI Felda Palong 5

 

Tujuan:-

Podcast ini akan memperkenalkan konsep E-sukan sebagai bidang yang berkembang pesat dan berpotensi tinggi sebagai kerjaya masa depan. E-sukan atau sukan elektronik, yang melibatkan permainan video kompetitif, bukan sahaja merupakan hiburan tetapi juga membuka peluang dalam pelbagai bidang profesional. Dalam dekad ini, E-sukan telah menjadi satu industri yang bernilai jutaan ringgit, dengan peluang untuk membina nama dalam bidang permainan, pengurusan, penajaan, dan banyak lagi.

Aktiviti:- 

 

Tarikh  2 November 2024
Masa :

 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Peserta :  5 Orang
 Lokasi :  NADI Felda Palong 5

Tujuan:-

Membantu pelajar menebus tablet yang disediakan oleh Kerajaan bagi pelajar-pelajar yang menyambung pengajian. Tambahan, membantu pelajar untuk belajar secara fleksibel, membantu mereka belajar pada masa dan tempat yang sesuai dengan mereka. Dengan menggunakan platform dalam talian, pelajar dapat mengasah kemahiran teknologi dan penggunaan internet yang penting untuk masa depan mereka. Tambahan, tablet membolehkan pembelajaran yang lebih interaktif melalui aplikasi dan multimedia, meningkatkan minat dan motivasi pelajar.

Aktiviti:- 

    • Semua peserta hadir dan petugas memberikan taklimat mengenai cara menebus tablet dan dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik ke dalam sistem. Selain itu, semua peserta log masuk akaun gmail masing-masing dan seterusntya mengisi google form yang disediakan. Semua peserta sangat memberikan kerjasama yang baik. Sesi Q&A dijalankan.
    • Gambar
Tarikh  15 Oktober 2024 
 Masa :

3.00 Petang - 5.00 Petang

 Peserta :  5 Orang
 Lokasi :  NADI Felda Palong 5

 

Tujuan:-

Kelas ini dihadiri 5 peserta dan terdiri daripada belia Felda Palong 5. Kelas ini dijalankan adalah membantu peserta untuk membuat format sijil yang betul disamping mempelajari cara menggunakan tulisan yang sesuai, jelas dan mendapatkan sijil yang menarik. Ianya membantu peserta mahir menggunakan komputer terutamanya Microsoft Word.

Aktiviti:- 

  • Semua peserta hadir secara atas talian dan petugas memulakan taklimat dengan memperkenalkan diri masing-masing. Seterusnya petugas memberikan pencerahan bagaimana untuk membuat sijil menggunakan format dan tulisan yang menarik. Peserta sangat tekun dan memberikan kerjasama yang sangat baik semasa kelas berlangsung.
  • Gambar
Tarikh  24 Oktober 2024
Masa :

 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Peserta :  5 Orang
 Lokasi :  NADI Felda Palong 5

 

Tujuan:-

Membantu golongan wanita menjadi celik IT disamping dapat membantu memudahkan urusan mereka dalam membuat laporan menggunakan Microsoft Word. Selain itu, mereka juga dapat membuat laporan mereka sendiri tanpa bantuan petugas. Dengan mengikuti kelas tersebut. Tambahan, peserta juga menjadi mahir dan celik IT dalam penggunaan Microsoft Word.

Aktiviti:- 

    • Semua peserta hadir dan petugas memberikan taklimat mengenai cara untuk membuat laporan menggunakan Microsoft Word. Selain itu, semua peserta membuat laporan masing-masing. Semua peserta sangat memberikan kerjasama yang baik. Sesi Q&A dijalankan.
    • Gambar
Tarikh  10 Oktober 2024 
 Masa :

3.00 Petang - 5.00 Petang

 Peserta :  15 Orang
 Lokasi :  NADI Felda Palong 5

 

Tujuan:-

Kelas ini dihadiri 15 peserta dan  mereka merupakan usahawan Tupperware Brands dan lain-lain produk. Tujuan kelas ini dijalankan adalah membantu para usahawan untuk menjadi lebih bersemangat positif dan konsisten dalam perniagaan masing-masing. Selain itu, petugas juga memberikan sedikit taklimat KDB iaitu tentang maklumat dan berita palsu yang semakin berleluasa kini.

Aktiviti:- 

  • Semua peserta hadir secara atas talian dan petugas memulakan taklimat dengan memperkenalkan diri masing-masing. Seterusnya petugas menjemput wakil pengurusan Tupperware Brands untuk memberikan taklimat keusahawanan kepada peserta yang hadir. Peserta diberikan tips dan penerangan serta teknik mempromosikan produk jualan secara aktif di atas talian yang berkesan.
  • Gambar