Tarikh  10 Januari 2024 
 Masa :

3.00 Petang - 5.00 Petang

 Peserta :  25 Orang
 Lokasi : PEDi Felda Palong 5

Tujuan:-

Memberi pendedahan dan penerangan tentang cara untuk membuat permohonan Bantuan Am Persekolahan Mains . Ianya dapat membantu semua peserta untuk membuat permohonan, mengemaskini data dan sebagainya. Selain itu, dengan adanya kelas seperti ini, dapat membantu semua golongan menjadi celik IT serta memudahkan urusan mereka untuk memohon permohonan bantuan.

Aktiviti:- 

    • Semua peserta diberikan penerangan tentang cara untuk membuat permohonan dan kemaskini data di Sistem Permohonan Bantuan Agihan MAINS. Semua peserta diajar cara untuk memasukkan data yang diperlukan. Sesi Q&A dijalankan.
    • Gambar
Tarikh 03 Januari 2024
 Masa :

10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

 Peserta : 7 Orang
 Lokasi : PEDi Palong  5 

 

Tujuan:-

Membantu merekod data pencarum bagi Pertubuhan Khairat Felda Palong 5. Mereka diajar cara memasukkan data, membuat kotak membuat kiraan dengan mudah menggunakan Microsoft Excel. Semua peserta memberikan kerjasama yang sangat baik semasa kelas berlangsung.

Aktiviti:- 

Petugas memberi penerangan tentang cara untuk menggunakan Microsoft Excel. Peserta diberikan penerangan tentang cara untuk memasukkan data menggunakan Microsoft Excel. Selain itu, peserta juga diajar bagaimana ntuk membuat kira-kira menggunakan Ms Excel.Sesi Q&A dilakukan.

Gambar

Tarikh 20 Disember 2023
 Masa :

3.00 Petang - 4.30 Petang

 Peserta : 5 Orang
 Lokasi : PEDi Palong  5 

 

Tujuan:-

Memberi taklimat kepada usahawan tentang penggunaan ChatGPT yang mampu mengumpulkan banyak teks sekaligus dan memberikan ringkasan. Ini sekaligus mempercepatkan proses pengumpulan idea bagi sesebuah keterangan yang diperlukan untuk penerangan produk di kedai shopee.

Aktiviti:- 

    • Semua peserta terdiri daripada belia dan usahawan Palong. Semua peserta diberikan pencerahan tentang bagaimana untuk membuat ChatGPT dengan mudah. Semua peserta diterangkan tentang kelebihan apabila menggunakan ChatGPT dan memudahkan usahawan untuk mengumpul data mengenai suatu perkara atau perkataan. Membantu mempercepatkan proses pengumpulan idea bagi keterangan yang diperlukan. Sesi Q&A dijalakan.
    • Gambar
Tarikh 22 Disember 2023
 Masa :

10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

 Peserta : 11 Orang
 Lokasi : PEDi Palong  5 

 

Tujuan:-

Memberikan penerangan dan pencerahan kepada semua peserta yang hadir untuk mempelajari tentang cara membuat laporan kewangan. Selain itu, mereka juga dapat membuat penyata kewangan dan dapat mahirkan usahawan membuat laporan kewangan sendiri.

Aktiviti:- 

      • Semua peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang cara membuat laporan kewangan.  Selain itu,peserta diberikan latihan untuk mahirkan pengiraan didalam Microsoft Excel. Tambahan itu, petugas juga mengambil peluang untuk memberi sedikit taklimat KDB kepada semua yang hadir. Sesi Q&A dijalankan.
      • Gambar
Tarikh : 12 Disember 2023 
Masa  10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Peserta : 7 Orang
Lokasi PEDi Palong 5

 

Tujuan:-

Pelajar sekolah rendah menggunakan 'Google Translate' di dalam salah satu kaedah pembelajaran dan pemahaman awal bagi subjek yang dipelajarinya. Ini merupakan salah satu kaedah dengan menggunakan teknologi selain daripada menggunakan kamus. Namun, dalam masa yang sama pelajar masih merujuk kepada kamus bagi memastikan ketepatan maklumat yang diperolehi daripada 'Google Translate'.

Aktiviti:- 

Peserta memohon bantuan petugas untuk menunjuk ajar bagaimana penggunaan papan tetikus di dalam bahasa Inggeris dan penggunaan pencanan maklumat dengan bantuan 'Google Translate' Dengan penggunaan 'Google Translate, pelajar berjaya memahami kandungan soalan dari guru dan dapat menjawab segala persoalan yang perlu dihantar pada minggu hadapan. Terdapat juga pelajar yang menggunakan telefon pintar dan ada juga yang menggunakan komputer yang disediakan di PEDi Palong 5.