Tarikh  03 November 2023
 Masa :

4.00 Petang - 5.30 Petang

 Peserta : 7 Orang
 Lokasi : PEDi Palong  5 

 

Tujuan:-

Peserta diberi pencerahan tentang cara untuk memilih templet yang sesai mengikut pilihan mereka sendiri. Tambahan, mereka juga boleh memilih warna yang disediakan serta membuat pelbagai dekorasi menggunakan Microsoft Power Point.

Aktiviti:- 

  • Semua peserta    terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Semua peserta diberikan pencerahan tentang Microsoft Power Point dan cara untuk membuat slaid. Petugas memberikan taklimat tentang cara memilih slaid dan menukar slaid mengikut tema mereka. Peserta juga diajar cara memasukkan lagu, transition yang menarik serta membuat slaid yang ringkas dan padat. Sesi Q&A dijalankan.
  • Gambar
Tarikh  22 Oktober 2023
 Masa :

3.00 Petang - 5.00 Petang

 Peserta : 7 Orang
 Lokasi : PEDi Palong  5 

 

Tujuan:-

Memberi pembelajaran kepada usahawan untuk memperluaskan produk jualan mereka dengan membuka kedai atas talian iaitu Shopee. Peserta membuka akaun di Shopee dan mempelajari cara memasukkan produk membuat variasi produk yang betul. Selain itu, peserta dapat mempromosikan produk jualan mereka dengan mengadakan siaran langsung melalui Shopee dan boleh memuat naik status di Shopee.

Aktiviti:- 

Peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang kelebihan menjual produk di kedai atas talian Shopee. Selain itu, semua peserta diajar tentang cara mendaftar kedai Shopee dan cara untuk memasukkan produk di kedai Shopee. Selain itu, semua peserta diajar tentang cara untuk variasikan produk dari sudut harga, warna dan kuantiti produk jualan di Shopee. Tambahan, petugas memberikan pendedahan tentang cara untuk menghias kedai Shopee dan cara untuk mengeluarkan wang terkumpul hasil jualan menerusi akaunn bank masing-masing. Selain itu, mereka juga diberikan taklimat KDB. Sesi Q&A dijalankan.

Gambar

Tarikh  12 Oktober 2023
 Masa :

10.00 Pagi - 12.00Tengahari 

 Peserta : 6 Orang
 Lokasi : PEDi Palong  5 

Tujuan:-

Membantu belia dan dewasa untuk mahir menggunakan perbankan atas talian menggunakan aplikasi di telefon pintar masing-masing. Selain itu, dengan mempelajari perbankan, ianya akan memudahkan urusan mereka untuk membuat transaksi, pembayaran bil-bil dan sebagainya secara atas talian dengan cepat.

Aktiviti:- 

Peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang kelebihan mendaftar perbankan secara atas talian. Peserta membuka pautan akaun masing-masing dan mendaftar maklumat peribadi. Selain itu, mereka juga diajar tentang cara memindahkan wang,
membuat pembayaran bil dan sebagainya melalui aplikasi. Selain itu, mereka juga diberikan taklimat KDB. Sesi Q& A dijalankan.

Tarikh  17 Oktober 2023
 Masa :

10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

 Peserta : 7 Orang
 Lokasi : PEDi Palong  5 

Tujuan:-

Memberikan penerangan dan pencerahan kepada semua peserta yang hadir untuk mempelajari tentang cara membuat profail syarikat. Selain itu, mereka juga dapat membuat profail perniagaan sendiri dan memudahkan urusan mereka untuk memohon bantuan dari jabatan-jabatan kerajaan. Tambahan itu, dengan adanya profail syarikat, usahawan akan bertambah yakin untuk memajujukan produk keluaran sendiri.

Aktiviti:- 

Peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang cara membuat profil perniagaan mengikut format terkini. Selain itu, petugas juga memberikan cadangan dan idea untuk mengisi maklumat yang tepat dan jelas. Tambahan, petugas juga mengambil peluang untuk memberi sedikit taklimat KDB. Sesi Q&A dijalankan.

Gambar

 

Tarikh  4 Oktober 2023
 Masa :

3.00 Petang - 5.00 Petang 

 Peserta : 9 Orang
 Lokasi : PEDi Palong  5 

 

Tujuan:-

Memberikan penerangan dan pencerahan kepada semua peserta yang hadir untuk mempelajari tentang cara membuat laporan kewangan. Selain itu, mereka juga dapat membuat penyata kewangan dan dapat mahirkan usahawan membuat laporan kewangan sendiri.

Aktiviti:- 

  • Semua peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang cara membuat laporan kewangan.  Selain itu,peserta diberikan latihan untuk mahirkan pengiraan didalam Microsoft Excel. Tambahan itu, petugas juga mengambil peluang untuk memberi sedikit taklimat KDB kepada semua yang hadir. Sesi Q&A dijalankan.
  • Gambar