Tarikh | : | 22 Oktober 2023 |
Masa | : |
3.00 Petang - 5.00 Petang |
Peserta | : | 7 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:-
Memberi pembelajaran kepada usahawan untuk memperluaskan produk jualan mereka dengan membuka kedai atas talian iaitu Shopee. Peserta membuka akaun di Shopee dan mempelajari cara memasukkan produk membuat variasi produk yang betul. Selain itu, peserta dapat mempromosikan produk jualan mereka dengan mengadakan siaran langsung melalui Shopee dan boleh memuat naik status di Shopee.
Aktiviti:-
Peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang kelebihan menjual produk di kedai atas talian Shopee. Selain itu, semua peserta diajar tentang cara mendaftar kedai Shopee dan cara untuk memasukkan produk di kedai Shopee. Selain itu, semua peserta diajar tentang cara untuk variasikan produk dari sudut harga, warna dan kuantiti produk jualan di Shopee. Tambahan, petugas memberikan pendedahan tentang cara untuk menghias kedai Shopee dan cara untuk mengeluarkan wang terkumpul hasil jualan menerusi akaunn bank masing-masing. Selain itu, mereka juga diberikan taklimat KDB. Sesi Q&A dijalankan.