Tarikh | : | 16 Julai 2023 |
Masa | : |
3.00 Petang - 5.00 Petang |
Peserta | : | 7 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:
Kelas ini dihadiri 7 orang yang merupakan belia dan lepasan sekolah. Kelas dijalankan secara atas talian dan peserta diajar tentang cara membuat resume terkini, padat dan lengkap. Tambahan, semua peserta diberikan kerjasama yang sangat baik semasa kelas berlangsung.
Aktiviti:-
- Semua peserta hadir dan petugas membuka pautan zoom kelas kepada peserta. Tenaga pengajar memberikan penerangan tentang cara membuat resume terkini dan mencari peluang pekerjaan serta membuat resume terkini.Seterusnya, semua peserta diberikan maklumat tentang penggunaan kotak dan bentuk. Selain itu, mereka juga diajar tentang penggunaan warna yang betul dan tulisan yang jelas serta ayat yang tersusun.Sesi Q&A dijalankan.
- Gambar
Tarikh | : | 9 Julai 2023 |
Masa | : |
10.00 Pagi - 1.00 Petang |
Peserta | : | 10 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:-
Menerangkan tentang kesan teknologi IOT dalam kehidupan seharian. Pelajar turut diberi kuiz untuk menguji kefahaman berkenaan IOT.
Aktiviti:-
-
-
- Pelajar dapat ilmu baharu berkenaan sistem. Peserta dapat mengetahui bahawa kewujudan aplikasi yang berkaitan system IOT dan peserta dapat mendalami dan menghayati tentang ilmu IOT yang sebelum ini tidak diketahui.
- Gambar
-
Tarikh | : | 21 Jun 2023 |
Masa | : |
11.00 Pagi - 1.00 Petang |
Peserta | : | 5 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:-
Membuat permohonan bicara kuasa dengan melayari internet dengan mudah dan mahir menggunakan komputer dengan sendiri. Selain itu, petugas juga memberikan pencerahan tentang cara untuk mengisi maklumat atau data secara atas talian dengan mudah melalui laman web https://www.myetapp.gov.my/. Tambahan, mereka akan mahir dan celik IT seterusnya memudahkan urusan mereka.
Aktiviti:-
-
- Peserta hadir dan mengambil tempat masing-masing. Peserta diberikan penerangan tentang cara mengisi maklumat atau data peribadi secara atas talian. Petugas juga mengingatkan untuk mengisi di pautan yang betul sebelum mengisi maklumat peribadi. Peserta mengisi maklumat dengan melayari pautan https://www.myetapp.gov.my/. Sesi Q&A dijalankan.
- Gambar
Tarikh | : | 3 Julai 2023 |
Masa | : |
10.00 Pagi - 1.00 Petang |
Peserta | : | 8 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:-
Menerangkan tentang pengurusan diri yang betul antara pelajar-pelajar sekolah. Turut diadakan kuiz bagi menilai pemahaman pelajar- pelajar. Peserta juga diberikan nasihat dan tunjuk ajar oleh peserta tentang cara pengurusan diri, tatacara dan adab semasa di sekolah dan dirumah.
Aktiviti:-
Petugas memberikan penerangan kepada peserta dengan secara ringkas untuk kemudahan pemahaman pelajar. Petugas membuka video tentang tajuk berkaitan dan memberikan contoh yang jelas kepada peserta yang hadir. Peserta sagat teruja semasa mengisi maklumat tersebut. Sesi Q&A dijalankan.
Tarikh | : | 16 Jun 2023 |
Masa | : |
10.00 Pagi - 1.00 Petang |
Peserta | : | 7 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:-
Mempelajari aplikasi terbaru untuk menghasilkan poster & grafik dengan lebih mudah serta senang untuk di gunakan oleh usahawan pada masa sekarang. Penggunakan aplikasi Canva juga membantu parau sahawan membuat poster dengan lebih kreatif dan mampu menarik minat pelanggan untuk membeli.
Aktiviti:-
-
- Semua peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang cara mengedit gambar mengguna Canva.com. Selain itu, petugas memberikan latihan asas untuk peserta mencuba membuat poster mengikut kreativiti sendiri dan memuat naik di halaman facebook masing-masing. Tambahan, petugas juga mengambil peluang untuk memberi sedikit taklimat KDB kepada semua peserta yang hadir. Sesi Q&A dijalankan.
- Gambar