Tarikh | : | 5 Mei 2023 |
Masa | : |
3.00 Petang - 5.00 Petang |
Peserta | : | 3 Orang |
Lokasi | : | Pusat Internet Komuniti Palong 5 |
Tujuan:-
Memberikan pencerahan tentang cara untuk mendaftar perbankan atas talian. Selain itu, ianya membantu mereka bagi memudahkan urusan perniagaan mereka. Peserta sangat teruja dan mendaftar maklumat peribadi sendiri. Tambahan, memudahkan mereka untuk memantau keluar masuk kewangan mereka dengan mudah.
Aktiviti:-
-
-
- Peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang cara membuka akaun perbankan atas talian. Selain itu, peserta diberikan penerangan tentang kepada semua bagaimana untuk membuka dibahagian pindahan wang di akaun lain, medaftar secure2u serta memuat turun penyata kewangan. Tambahan, petugas juga menagmbil peluang untuk memberi sedikit taklimat KDB. Sesi Q&A dijalankan.
- Gambar
-
Tarikh | : | 17 April 2023 |
Masa | : |
10.00 Pagi - 12.00 Petang |
Peserta | : | 4 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:
Membantu belia dan dewasa untuk mahir menggunakan perbankan atas talian menggunakan aplikasi di telefon pintar masing-masing. Selain itu, dengan mempelajari perbankan, ianya akan memudahkan urusan mereka untuk membuat transaksi, pembayaran bil-bil dan sebagainya secara atas talian dengan cepat. Tambahan, petugas memberikan pencerahan kepada yang mahu menukar kata laluan perbankan.
Aktiviti:-
Semua peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang cara memuat turun aplikasi perbankan melalui telefon pintar. Selain itu, petugas juga memberikan pembelajaran tentang cara memindahkan wang, membuat pembayaran bil-bil dan sebagainya. Selain itu, mereka juga diberikan taklimat KDB. Sesi Q&A dijalankan.
Tarikh | : | 4 April 2023 |
Masa | : |
3.00 Petang - 5.00 Petang |
Peserta | : | 3 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:
Kelas ini dijalankan bagi kategori pelajar sekolah Menengah Rendah. Semua peserta diberikan penerangan tentang cara memasukkan lampiran melalui Gmail. Disamping itu, ianya membantu pelajar untuk mahir menggunakan Gmail bagi memudahkan pelajar melampirkan dokumen, menghantar email, dan berkongsi google drive bersama rakan kumpulan mereka.
Aktiviti:-
Semua peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang cara melampirkan gambar di email. Peserta mencuba secara praktikal dan menghantar email kepada rakan-rakan masing-masing. Pelajar sangat teruja semasa kelas dijalankan. Sesi Q&A dijalankan.
Tarikh | : | 7 April 2023 |
Masa | : |
10.00 Pagi - 12.00 Petang |
Peserta | : | 11 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:
Majlis khatam Al-Quran yang diadakan bagi merahmati bulan Ramadhan dan diakhiri dengan majlis penutup yang dijalankan dengan penuh penghayatan. Dengan mengadakan majlis khatam dan tadarus ini dapat mengeratkan hubungan petugas internet bersama dengan warga GPW Palong 5.
Aktiviti:-
Semua peserta hadir dan sesi majlis diteruskan. Selesai majlis, Cik Ana memberikan sedikut ucapan dan membuat hebahan advokasi kepada semua peserta yang hadir.Sesi Q&A dijalankan.
Tarikh | : | 25 Mac 2023 |
Masa | : |
3.00 Petang - 5.00 Petang |
Peserta | : | 3 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Aktiviti:-
Kelas ini dihadiri oleh 3 orang peserta dari golongan belia dan dewasa. Kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pencerahan dan pengenalan tentang tentang cara untuk membuat invois atau sebut harga kepada pembeli. Semua peserta dibantu oleh petugas tentang cara untuk memasukkan logo syarikat masing-masing, cara memasukkan barangan produk dan sebagainya.
Aktiviti:-
- Semua peserta hadir dan petugas memberikan pencerahan tentang cara untuk membuat sebut harga yang menarik dan mengikut citarasa masing-masing. Petugas juga meberikan pencerahan tentang bagaimana memasukkan logo syarikat masing-masing ke dalam invois tersebut. Tambahan itu, petugas juga mengambil peluang untuk memberi sedikit taklimat KDB kepada semua yang hadir.Sesi Q&A dijalankan.
- Gambar