Tarikh | : | 7 Jun 2023 |
Masa | : |
3.00 Petang - 5.00 Petang |
Peserta | : | 5 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:-
Kelas ini terdiri dari 5 orang belia. Semua peserta diberikan pencerahan tentang kelebihan menjual menggunakan platfom Tiktok. Dengan mengikuti kelas seperti ini, ianya akan membantu semua usahawan untuk lebih yakin dan bersemangat untuk meluaskan jualan produk masing-masing.
Aktiviti:-
Petugas hadir dan petugas memberikan pencerahan tentang cara untuk mendaftar di Tiktok Bisnes. Petugas juga memberi penerangan tentang cara untuk memasukkan produk, memberikan penerangan produk dan cara membuat video berserta produk jualan.Sesi Q&A dijalankan.
Tarikh | : | 1 Jun 2023 |
Masa | : |
3.00 Petang - 5.00 Petang |
Peserta | : | 5 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:-
Kelas ini dihadiri oleh 5 orang peserta dari kalangan wanita dewasa. Semua peserta mengisi pendaftaran di laman web https://idme.moe.gov.my/. Semua peserta mengisi pendaftaran Tahun 1 secara atas talian. Kelas ini membantu warga wanita untuk menjadikan mereka celik IT dan mahir menggunakan komputer. Tambahan, dengan mengadakan kelas seperti ini, dapat menjadikan ibu bapa celik IT dan mahir mengisi borang atas talian sendiri.
Aktiviti:-
Petugas memberikan penerangan kepada peserta dengan membuka laman wen https://idme.moe.gov.my/. Petugas memberikan penerangan kepada peserta berkenaan cara mengisi maklumat, membuat pendaftaran baru dan mengisi maklumat imunisasi anak masing-masing. Peserta sagat teruja semasa mengisi maklumat tersebut. Sesi Q&A dijalankan.
Tarikh | : | 16 Mei 2023 |
Masa | : |
3.00 Petang - 5.00 Petang |
Peserta | : | 3 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:-
Memberikan pembelajaran asas Whatsapp web bersama belia dan wanita dengan mempelajari tentang cara membuka Whatsapp web, cara memuat turun dokumen dari Whatsapp web dan sebagainya. Ianya dapat membantu mereka membuat kerja-kerja mereka menjadi lebih pantas dan mudah. Tambahan, dengan mempelajari penggunaan Whatsapp Web, ianya akan memudahkan kerja-kerja belia dan wanita menjadi lebih efisyen dan teratur.
Aktiviti:-
-
- Semua peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang cara membuka Whatsapp Web. Selain itu, semua peserta diberikan penerangan tentang cara membuka Whatsapp Web. Selain itu, mereka juga diberikan taklimat KDB. Sesi Q&A dijalankan.
- Gambar
Tarikh | : | 21 Mei 2023 |
Masa | : |
3.00 Petang - 5.00 Petang |
Peserta | : | 2 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:-
Membantu kontraktor untuk mengisi maklumat pekerja asing mereka bagi penggajian pekerja asing secara atas talian di https://www.moha.gov.my/index.php/ms/. Ianya memudahkan majikan untuk membayar gaji pekerja asing dengan melalui perbankan atas talian sahaja. Tambahan, dengan menggunakan penggajian atas talian, ianya akan mengurangkan kadar kehilangan atau kecurian wang kepada pekerja asing tersebut.
Aktiviti:-
-
- Semua peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang cara membuka pautan di https://www.moha.gov.my/index.php/ms/ Selain itu, peserta diberikan penerangan tentang cara mengisi maklumat di pautan tersebut . Tambahan, petugas juga mengambil peluang untuk memberi sedikit taklimat KDB kepada semua yang hadir. Sesi Q&A dijalankan.
Tarikh | : | 11 Mei 2023 |
Masa | : |
3.00 Petang - 5.00 Petang |
Peserta | : | 3 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:-
Memberikan latihan kemahiran keusahawanan kepada semua peserta yang hadir dimana semua peserta diberikan kursus dan latihan kepada semua yang telah menyertai agen penjualan insurans. Selain itu, semua peserta dapat menyebarkan kebaikan insurans yang dilindungi dan seterusnya mendapat kebaikan daripada insurans yang dipilih.
Aktiviti:-
Peserta diberikan taklimat dan latihan secara atas talian tentang cara mempromosikan insurans dan cara untuk menarik minat pembeli. Selain itu, peserta juga diberikan penerangan tentang komisen dan kelebihan menyertai insurans yang disediakan oleh mereka secara atas talian. Selesai latihan,mereka diberikan taklimat KDB oleh petugas PEDi Palong 5. Sesi Q&A dijalankan.