Tarikh   9 Februari 2023
 Masa :

 3.00 PM-5.00PM

 Peserta :  5 Orang
 Lokasi :  PEDi Palong  5           

 

Tujuan:

Pengenalan kepada Ms Excel bersama guru sekolah Kafa dimana mereka diajar oleh petugas tentang cara memasukkan graf pelajar ke dalam Microsoft Excel. Selain itu, mereka juga diajar cara membuat jadual yang lengkap serta penjajaran yang rapi dan tersusun.Peserta sangat teruja mengenal pembelajaran yang baru dan bersemangat semasa membuat latihan.

Aktiviti:-

1) Peserta hadir dan mengambil tempat masing-masing. Petugas membuat pengenalan kepada Ms Excel dan alamat  sel. Peserta juga diajar tentang cara untuk memasukkan graf menggunakan Microsoft Excel.  Peserta membuat latihan bagi memahirkan pemahaman mereka. Sesi Q&A dijalankan.

Gambar

Tarikh   3 Februari 2023
 Masa :

 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

 Peserta :  5 Orang
 Lokasi :  PEDi Palong 5

 

Tujuan:-

Membuat permohonan bicara kuasa dengan melayari internet dengan mudah dan mahir menggunakan komputer dengan sendiri. Selain itu, petugas juga memberikan pencerahan tentang cara untuk mengisi maklumat atau data secara atas talian dengan mudah melalui laman web https://www.myetapp.gov.my/. Tambahan, mereka akan mahir dan celik IT seterusnya memudahkan urusan mereka.

Aktiviti:- 

    • Peserta hadir dan mengambil tempat masing-masing. Peserta diberikan penerangan tentang cara mengisi maklumat atau data peribadi secara atas talian. Petugas juga mengingatkan untuk mengisi di pautan yang betul sebelum mengisi maklumat peribadi. Peserta mengisi maklumat dengan melayari pautan https://www.myetapp.gov.my/.  Sesi Q&A dijalankan.
    • Gambar
Tarikh 16 Januari 2023
 Masa :

3.00 Petang - 5.00 Petang

 Peserta : 5 Orang
 Lokasi : PEDi Palong 5

 

Tujuan:-

Kelas ini dihadiri oleh semua golongan pelajar. Semua peserta diberikan latihan e-pembelajaran Matematik dan Jawi secara atas talian di https://www.thatquiz.org/ bagi membuatkan pelajar ini melakukan perkara yang berfaedah semasa cuti persekolahan. Semua peserta sangat gembira dan teruja semasa kelas ini dijalankan.

Aktiviti:- 

  • Semua peserta membuka laman web  https://www.thatquiz.org/ dan latihan kuiz Matematik dan Jawi. Petugas memberi masa kepada peserta untuk menjawab kuiz atas talian. Semua peserta diberikan sedikit sumbangan hadiah kepada pemenang kuiz atas talian. Selain itu, petugas juga mengambil peluang untuk memberikan sedikit taklimat KDB kepada peserta yang hadir.
  • Gambar
Tarikh 24 Januari 2023
 Masa :

9.30 Pagi - 11.00 Pagi

 Peserta : 5 Orang
 Lokasi : PEDi Palong 5

 

Aktiviti:-

Memberikan pencerahan tentang cara untuk mengedit gambar dengan mudah dan pantas. Selain itu, dengan mengadakan kelas seperti ini, pelajar dapat mempelajari sesuatu yang baru dan boleh digunakan dimasa akan datang dengan mudah. Semua peserta sangat teruja semasa kelas berlangsung.

Aktiviti:- 

      • Semua peserta sangat teruja semasa kelas berlangsung. Semua peserta diberikan penerangan tentang cara untuk edit gambar menggunakan canva. Selain itu, petugas juga memberikan penerangan tentang cara untuk membuang latar belakang gambar yang di edit dengan menggunakan remove.bg. Semua peserta sangat memberikan kerjasama yang baik.
      • Gambar
Tarikh 9 Januari 2023
 Masa :

3.00 Petang - 5.00 Petang 

 Peserta :  5 Orang
 Lokasi :  PEDi Palong  5 

 

Tujuan:

Kelas ini dihadiri 5 orang yang merupakan belia dan lepasan sekolah. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada mereka cara membuat resume terkini mengikut format yang betul dan penyusunan ayat yang mantap.

Aktiviti:-

  • Semua peserta hadir dan petugas memberi penerangan tentang membuat resume terkini.Seterusnya, semua peserta diberikan maklumat tentang penggunaan kotak dan bentuk. Selain itu, mereka juga diajar tentang penggunaan warna yang betul dan tulisan yang jelas serta ayat yang tersusun.Sesi Q&A dijalankan.