Tarikh  19 Mac 2023
 Masa :

 3.00 Petang - 5.00 Petang 

 Peserta :  2 Orang
 Lokasi :  PEDi Palong 5

Aktiviti:-

Membantu Petubuhan Generasi Kedua dengan memberikan pencerahan tentang cara untuk membuat pendaftaran pertubuhan di sistem eRoses. Selain itu, semua peserta diberikan pencerahan bagaimana memasukkan maklumat pertubuhan, ahli-ahli dan jawatankuasa yang berdaftar. Semua peserta mendaftar dengan tekun dan bersemangat.

Aktiviti:- 

  • Semua peserta hadir dan petugas memberikan taklimat berkenaan bagaimana untuk mendaftar di sistem eROSES. Selain itu, semua peserta mmengisi maklumat pertubuhan dan maklumat yang diminta. Tambahan, petugas juga memberikan penerangan bagaimana untuk memasukkan logo secara atas talian dan membuat penerangan kepada logo tersebut. Sesi Q&A dijalankan.
  • Gambar
Tarikh 10 Mac 2023
 Masa :

3.00 Petang - 5.00 Petang 

 Peserta : 5 Orang
 Lokasi : PEDi Palong  5 

 

Tujuan:-

Memberikan pencerahan tentang cara untuk mendaftar perbankan atas talian. Selain itu, ianya membantu mereka  bagi memudahkan urusan perniagaan merekaPeserta sangat teruja dan mendaftar maklumat peribadi sendiri. Tambahan, memudahkan mereka untuk memantau keluar masuk kewangan mereka dengan mudah.

Aktiviti:- 

      • Peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang cara membuka akaun perbankan atas talian. Selain itu, peserta diberikan penerangan tentang kepada semua bagaimana untuk membuka dibahagian pindahan wang di akaun lain serta memuat turun penyata kewangan. Tambahan, petugas juga mengambil peluang untuk memberi  sedikit taklimat KDB. Sesi Q&A dijalankan.
      • Gambar
Tarikh 19 Februari 2023 
 Masa :

 3.00 Petang - 5.00 Petang

 Peserta :  3 Orang
 Lokasi :  PEDi Palong 5

 

Tujuan:-

Memberikan pembelajaran asas Whatsapp web bersama belia dan wanita dengan mempelajari tentang cara membuka Whatsapp web, cara memuat turun dokumen dari Whatsapp web dan sebagainya. Ianya dapat membantu mereka membuat kerja-kerja mereka menjadi lebih pantas dan mudah.

Aktiviti:- 

    • Semua peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang cara membuka Whatsapp Web. Selain itu, semua peserta diberikan penerangan tentang cara membuka Whatsapp Web. Selain itu, mereka juga diberikan taklimat KDB. Sesi Q&A dijalankan.
    • Gambar
Tarikh 6 Mac 2023
 Masa :

3.00PM - 5.00PM

 Peserta : 3 Orang
 Lokasi :  PEDi Felda Palong  5 

 

Tujuan:-

Tujuan kelas ini dijalankan adalah memberikan pendedahan tentang cara untuk mengisi data peribadi untuk SSM secara atas talian. Ianya juga membantu memudahkan urusan peserta dalam mengisi data peribadi bagi kemasukkan data untuk pendaftaran lesen perniagaan. Tambahan, petugas memberikan pendedahan tentang cara untuk memperbaharui SSM masing-masing.

Aktiviti:- 

  • Semua peserta hadir dan petugas tentang cara untuk mengisi maklumat secara atas talian.  Selain itu, semua peserta membuka ebizz.ssm.com.my. Semua peserta sangat teruja dan memberikan kerjasama yang sangat baik. Peserta memberikan taklimat lengkap tentang bagaimana untuk memperbaharui SSM masing-masing. Selain itu, petugas juga memberikan taklimat KDB kepada peserta.
  • Gambar
Tarikh 14 Februari 2023
 Masa :

3.00 Petang - 5.00 Petang 

 Peserta : 3 Orang
 Lokasi : PEDi Palong  5 

 

Tujuan:-

Memberi pembelajaran kepada usahawan untuk memperluaskan produk jualan mereka dengan membuka kedai atas talian iaitu Shopee. Peserta membuka akaun di Shopee dan mempelajari cara memasukkan produk membuat variasi produk yang betul.

Aktiviti:-

Peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang kelebihan menjual produk di kedai atas talian Shopee. Selain itu, semua peserta diajar tentang cara mendaftar kedai Shopee dan cara untuk memasukkan produk di kedai Shopee. Selain itu, semua peserta diajar tentang cara untuk variasikan produk dari sudut harga, warna dan kuantiti produk jualan di Shopee. Tambahan, petugas memberikan pendedahan tentang cara untuk menghias kedai Shopee dan cara untuk mengeluarkan wang terkumpul hasil jualan menerusi akaunn bank masing-masing. Selain itu, mereka juga diberikan taklimat KDB. Sesi Q&A dijalankan.

Gambar