Tarikh  24 November 2022
 Masa :

 3.00PM - 5.00PM

 Peserta :  7 Orang
 Lokasi :  PEDi Felda Palong  5 

 

Tujuan :

Kelas ini dihadiri 7 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Semua peserta membaca menerusi video daripada youtube dan membantu pelajar menguasai membaca dan dapat  mengisi masa lapang mereka bagi melakukan perkara yang berfaedah dan bermanfaat. Semua peserta sangat memberikan kerjasama yang baik semasa kelas berlangsung. 

Aktiviti:

Semua peserta hadir dan mengambil tempat masing-masing.Petugas memulakan kelas dengan memberi penerangan kepada semua peserta yang hadir. Selain itu, semua peserta sangat teruja semasa kelas berlangsung. Semua peserta diberikan masa.Sesi Q&A dijalankan.

Gambar

Tarikh 16 November 2022 
 Masa :

3.00 Petang - 5.00 Petang 

 Peserta : 5 Orang
 Lokasi : PEDi Palong  5 

 

Tujuan:-

Memberikan pembelajaran kepada usahawan tentang cara untuk edit risalah, logo dan sebagainya. Selain itu, dengan mengadakan kelas seperti ini, usahawan dapat mempelajari sesuatu yang baru dan boleh digunakan dimasa akan datang dengan mudah. Tambahan, produk niaga usahawan dapat dikomersialkan dengan lebih meluas. Semua peserta sangat teruja semasa kelas berlangsung.

Aktiviti:- 

      • Semua peserta sangat teruja semasa kelas berlangsung. Semua peserta diberikan penerangan tentang cara untuk edit gambar menggunakan canva. Selain itu, petugas juga memberikan penerangan tentang cara untuk membuang latar belakang gambar yang di edit dengan menggunakan remove.bg. Semua peserta sangat memberikan kerjasama yang baik.
      • Gambar

 

Tarikh  18 Oktober 2022
 Masa :

 8.00 Pagi - 1.00 Petang

 Peserta :  200 Orang
 Lokasi :  PEDi Palong 5

 

Tujuan:-

Mempromosi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang Baru, mengukuhkan hubungan komuniti, Agensi Awam dan Swasta, serta Usahawan dengan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) supaya berterusan. Memberi makluman dan Promosi Perkhidmatan baru dan akan datang.

Aktiviti:- 

Semua peserta hadir dan pelbagai aktiviti dijalankan serta taklimat dari agensi, taklimat advokasi,Klik Dengan Bijak. Selain itu, pelbagai pertandingan dijalankan antaranya pertandingan memasak, pertandingan gubahan sejadah, pertandingan kolaj kanak-kanak dan sebagainya.

Gambar

Tarikh 10 November 2022 
 Masa :

3.00 Petang - 5.00 Petang 

 Peserta : 5 Orang
 Lokasi : PEDi Palong  5 

 

Tujuan:-

Memberi pembelajaran kepada usahawan untuk memperluaskan produk jualan mereka dengan membuka kedai atas talian iaitu Shopee. Peserta membuka akaun di Shopee dan mempelajari cara memasukkan produk membuat variasi produk yang betul. Selain itu, peserta dapat mempromosikan produk jualan mereka dengan mengadakan siaran langsung melalui Shopee dan boleh memuat naik status di Shopee.

Aktiviti:-

Peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang kelebihan menjual produk di kedai atas talian Shopee. Selain itu, semua peserta diajar tentang cara mendaftar kedai Shopee dan cara untuk memasukkan produk di kedai Shopee. Selain itu, semua peserta diajar tentang cara untuk variasikan produk dari sudut harga, warna dan kuantiti produk jualan di Shopee. Tambahan, petugas memberikan pendedahan tentang cara untuk menghias kedai Shopee dan cara untuk mengeluarkan wang terkumpul hasil jualan menerusi akaunn bank masing-masing. Selain itu, mereka juga diberikan taklimat KDB. Sesi Q&A dijalankan.

Gambar

Tarikh  13 Oktober 2022
 Masa :

 3.00 Petang - 5.00 Petang

 Peserta :  5 Orang
 Lokasi :  PEDi Palong 5

 

Tujuan:-

Kelas ini dihadiri oleh semua golongan pelajar. Semua peserta diberikan latihan e-pembelajaran atas talian di https://wordwall.net/ bagi membuatkan pelajar ini melakukan perkara yang berfaedah semasa cuti sekolah ini. Tambahan, bagi golongan dewasa, pelbagai aktiviti sukaneka dijalankan bagi menyahut seruan kerajaan mengikuti hari sukan negara.

Aktiviti:- 

  • Semua peserta membuka laman web  https://wordwall.net/  dan membuka aktiviti yang diminati. Petugas memberi masa kepada peserta untuk menjawab kuiz atas talian. Semua peserta diberikan sedikit sumbangan hadiah kepada pemenang kuiz atas talian. Untuk golongan dewasa, aktiviti sukan seperti musang berjanggut, telefon berkarat dan sebagainya dijalankan, Selain itu, petugas juga mengambil peluang untuk memberikan sedikit taklimat KDB kepada peserta yang hadir.
  • Gambar