Tarikh  1 Ogos 2022
 Masa :

 9.00 Pagi - 4.45 Petang

 Peserta :  5 Orang
 Lokasi : PEDi Palong 5

 

Aktiviti:-

Kelas ini dihadiri 5 peserta dimana mereka merupakan pelajar sekolah rendah dan golongan dewasa. E-Tuisyen ini diadakan bagi membantu golongan pelajar sekolah rendah untuk mengikuti pembelajaran yang disediakan oleh pihak HQ bagi mengikuti kelas secara atas talian. Ianya membantu pelajar untuk menambahkan ilmu dan bayaran dengan kadar yang berpatutan. Tambahan kelas E-Learning membantu semua usahawan untuk menimba ilmu dengan lebih mendalam berkenaan atas talian dan teknik pemasaran produk jualan masing-masing.

Aktiviti:- 

  • Semua peserta hadir dan petugas membuat persediaan untuk pelajar mengikuti kelas. Semua peserta mengikuti kelas dan pelbagai aktiviti yang dijalankan. Sesi Q&A dijalankan.
  • Gambar
Tarikh  20 Julai 2021 
 Masa :

 2.30 Petang - 5.00 Petang

 Peserta :  5 Orang
 Lokasi : PEDi Palong 5

 

Aktiviti:-

Memberikan taklimat kepada peserta tentang cara untuk menyertai pautan menggunakan 'google meet'. Selain itu, mereka juga diajar tentang cara untuk membuat tetapan seperti nama, kamera dan suara semasa mesyuarat dijalankan. Peserta sangat teruja semasa mesyuarat berlangsung dan pelbagai isu-isu semasa dibincangkanSemua peserta diberikan taklimat tentang cara untuk berkongsi pembentangan dan sebagainya.

Aktiviti:- 

  • Semua peserta diberikan taklimat tentang apakah fungsi serta kelebihan 'google meet' masa kini. Selain itu, semua peserta membuat pautan dan berkongsi kepada kumpulan Whatsapp masing-masing. Semua peserta mencuba mengadakan sesi 'google meet' sendiri. Sesi Q&A dijalankan.
  • Gambar
Tarikh 8 Julai 2022 
 Masa :

3.00 Petang - 5.00 Petang 

 Peserta : 3 Orang
 Lokasi : PEDi Palong  5 

 

Tujuan:-

Memberikan pencerahan tentang cara untuk mendaftar perbankan atas talian. Selain itu, ianya membantu mereka  bagi memudahkan urusan perniagaan merekaPeserta sangat teruja dan mendaftar maklumat peribadi sendiri. Tambahan, memudahkan mereka untuk memantau keluar masuk kewangan mereka dengan mudah.

Aktiviti:- 

      • Peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang cara membuka akaun perbankan atas talian. Selain itu, peserta diberikan penerangan tentang kepada semua bagaimana untuk membuka dibahagian pindahan wang di akaun lain serta memuat turun penyata kewangan. Tambahan, petugas juga menagmbil peluang untuk memberi  sedikit taklimat KDB. Sesi Q&A dijalankan.
      • Gambar
Tarikh 13 Julai 2022 
 Masa :

3.00 Petang - 5.00 Petang 

 Peserta : 5 Orang
 Lokasi : PEDi Palong  5 

 

Tujuan:-

Memberi pembelajaran kepada usahawan untuk memperluaskan produk jualan mereka dengan membuka kedai atas talian iaitu Shopee. Peserta membuka akaun di Shopee dan mempelajari cara memasukkan produk membuat variasi produk yang betul.

Aktiviti:-

Peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang kelebihan menjual produk di kedai atas talian Shopee. Selain itu, semua peserta diajar tentang cara mendaftar kedai Shopee dan cara untuk memasukkan produk di kedai Shopee. Selain itu, semua peserta diajar tentang cara untuk variasikan produk dari sudut harga, warna dan kuantiti produk jualan di Shopee. Tambahan, petugas memberikan pendedahan tentang cara untuk menghias kedai Shopee dan cara untuk mengeluarkan wang terkumpul hasil jualan menerusi akaunn bank masing-masing. Selain itu, mereka juga diberikan taklimat KDB. Sesi Q&A dijalankan.

Gambar

Tarikh 4 Julai 2022 
 Masa :

3.00 Petang - 5.00 Petang 

 Peserta : 3 Orang
 Lokasi : PEDi Palong  5 

 

Tujuan:

Aktiviti ini dijalankan bagi membantu lepasan pelajar dan belia untuk membuat permohonan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Selain itu, ianya membantu pelajar dan belia mempelajari tentang cara mengisi maklumat peribadi yang lengkap. Tambahan, peserta dapat mempelajari sesuatu yang baru.

Aktiviti:-

Semua peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang cara mengisi permohonan pekerjaan di SPA. Selain itu, semua peserta mengisi maklumat masing-masing dan jawatan yang dimohon mengikut bidang masing-masing. Peserta sangat teruja semasa aktiviti dijalankan. Sesi Q&A dijalankan.

Gambar