Tarikh  3 Mac 2022
 Masa :

 3.00 Petang - 5.00 Petang

 Peserta :  3 Orang
 Lokasi :  PEDi Palong 5

 

Tujuan:-

Kelas ini dijalankan bagi memudahkan urusan usahawan untuk mengetahui tentang cara-cara untuk mengisi data permohonan secara atas talian. Penerangan diberikan oleh petugas dengan terperinci dan semua peserta mengisi data masing-masing. Selain itu, peserta juga dapat mengetahui secara terperinci tentang syarat-syarat kelayakan yang diperlukan sebelum mengisi borang atas talian tersebut.

Aktiviti:- 

  • Semua peserta hadir dan petugas memberikan penerangan terperinci tentang cara mengisi permohonan. Semua peserta membuka pautan www.tuns.my. Selain itu, petugas juga menambah sedikit taklimat KDB kepada semua peserta. Sesi Q&A dijalankan.
  • Gambar
Tarikh  24 Februari 2022
 Masa :

 2.00 Petang - 5.00 Petang

 Peserta :  18 Orang
 Lokasi :  Secara Atas Talian

 

Tujuan:-

Kelas secara atas talian yang dijalankan daripada pihak Shopee tentang cara bagaimana untuk membuat Shopee Ads serta meningkatkan carian pengguna di Shopee. Selain itu, usahawan juga boleh mengambil tips dan kata kunci yang sesuai bagi mengaplikasikan teknik yang menarik bagi pengeluaran produk melalui Shopee.

Aktiviti:- 

      • Semua peserta hadir dan wakil Shopee memberikan ttaklimat berkenaan bagaimana untuk membuat Shopee Ads dan sekaligus meningkatkan senarai produk tertinggi dalam carian di Shopee. Disamping itu, dengan mengikuti kelas seperti ini, ianya juga dapat membantu usahawan menggunakan pelbagai medium yang disediakan di Shopee seperti tawaran bundle, iklan melalui status Shopee, tawaran baucer percuma dan sebagainya. Selain itu, petugas juga menambah sedikit taklimat KDB kepada semua peserta. Sesi Q&A dijalankan.
      • Gambar
Tarikh  11 Februari 2022
 Masa :

 3.00 Petang - 3.00 Petang

 Peserta :  5 Orang
 Lokasi :  Pusat Ekonomi Digital Komuniti Palong 5

 

Tujuan:-

Perjumpaan secara atas talian menggunakan aplikasi zoom dijalankan bagi memudahkan urusan warga Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK). Selain itu, ianya membantu warga PPDK untuk menyediakan laporan dan perjumpaan secara atas talian dan seterusnya melancarkan perjumpaan

Aktiviti:- 

      • Semua peserta hadir dan petugas memberikan penerangan terperinci tentang cara membuka zoom, melampirkan pembentangan dan seterusnya perjumpaan secara atas talian dijalankan. Semua peserta membuka pautan https://zoom.us/. Sesi perjumpaan dan mesyuarat atas talian dijalankan. Selain itu, petugas juga menambah sedikit taklimat KDB kepada semua peserta. Sesi Q&A dijalankan.
      • Gambar
Tarikh  18 Februari 2022
 Masa :

 3.00 Petang - 5.00 Petang

 Peserta :  15 Orang
 Lokasi :  Secara Atas Talian

 

Tujuan:-

Kelas secara atas talian yang dijalankan bersama ahli dan wakil Zhulian dimana mereka diajar tentang cara membuat tiktok bisnes. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberikan idea pemasaran bisnes melalui platfom baharu iaitu tiktok.

Aktiviti:- 

      • Semua peserta hadir dan wakil Zhulian memberikan taklimat berkenaan tentang cara membuka akaun tiktok bisnes. Selain itu, wakil Zhulian juga memberikan taklimat tentang cara mempromosikan produk jualan melalui tiktok. Selain itu, petugas juga menambah sedikit taklimat KDB kepada semua peserta. Sesi Q&A dijalankan.
      • Gambar
Tarikh   4 Januari 2022
 Masa :

 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

 Peserta :  2 Orang
 Lokasi :  Pusat Ekonomi Digital Komuniti Palong 5

 

Tujuan:-

Memberikan pencerahan tentang cara untuk membeli iklan di Facebook Ads. Selain itu, semua peserta diberikan taklimat berkenaan bagaimana untuk menghias kedai di Facebook serta meletakkan slogan atau logo yang bersesuaian dengan produk jualan masing-masing. Semua peserta sangat teruja dan memberikan kerjasama yang sangat baik semasa kelas berlangsung.

Aktiviti:- 

    • Semua peserta hadir dan petugas memberikan taklimat lengkap mengenai cara untuk membeli ikan di Facebook Ads. Semua peserta menukar logo kedai masing-masing serta meletakkan slogan kedai masing-masing. Selain itu, semua peserta sangat teruja semasa kelas berlangsung. Tambahan, mereka juga diberikan taklimat KDB. Sesi Q&A dijalankan.
    • Gambar