Tarikh | : | 6 November 2021 |
Masa | : |
3.00 Petang - 5.00 Petang |
Peserta | : | 2 Orang |
Lokasi | : | Secara Atas Talian |
Tujuan:-
Memberikan pencerahan tentang cara untuk mengedit gambar dengan mudah dan pantas. Selain itu, dengan mengadakan kelas seperti ini, peserta dapat mempelajari sesuatu yang baru dan boleh digunakan dimasa akan datang dengan mudah. Semua peserta sangat teruja semasa kelas berlangsung.
Aktiviti:-
-
- Semua peserta sangat teruja semasa kelas berlangsung. Semua peserta diberikan penerangan tentang cara untuk edit gambar menggunakan canva. Selain itu, petugas juga memberikan penerangan tentang cara untuk membuang latar belakang gambar yang di edit dengan menggunakan remove.bg. Semua peserta sangat memberikan kerjasama yang baik.
Tarikh | : | 2 November 2021 |
Masa | : |
3.00 Petang - 5.00 Petang |
Peserta | : | 15 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 /Atas Talian |
Tujuan:-
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Petandingan Usahawan Online 2021 dimana menghargai usaha peserta dalam menjayakan perniagaan masing-masing secara atas talian. Disamping itu, dengan adanya pertandingan sebegini dapat mewujudkan usahawan secara atas talian.
Aktiviti:-
-
- Peserta hadir secara atas talian dan di PEDi Palong 5 . Majlis dimulakan secara atas talian oleh Cik Ana dan pengumuman pemenang pertandingan dijalankan. Penyampaian wang tunai dan siji kepada pemenang yang hadir. Semua peserta sangat teruja dan semua bersemangat semasa majlis berjalan.
- Gambar
Tarikh | : | 19 Oktober 2021 |
Masa | : |
11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Peserta | : | 2 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:-
Memberikan penerangan kepada peserta tentang kegunaan MySejahtera serta menggunakannya. Selain itu, ianya membantu warga emas ini untuk mahir menggunakan MySejahtera tanpa bantuan orang lain. Tambahan itu, ianya turut menjadikan mereka pengguna MySejahtera.
Aktiviti:-
-
- Peserta hadir dan mengambil tempat masing-masing. Peserta turut diajar untuk memuat turun aplikasi MySejahtera di telefon masing-masing. Petugas memberikan pencerahan bagaimana untuk mendaftar, scan QR kod dan menerangkan tentang penggunaan lain dalam MySejahtera. Selain itu, peserta mencuba sendiri untuk scan dan tekan log keluar. Tambahan, petugas memberikan taklimat advokasi SKMM. Sesi Q&A dijalankan.
- Gambar
Tarikh | : | 23 Oktober 2021 |
Masa | : |
10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Peserta | : | 2 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:-
Menjadikan belia celik IT dengan melayari internet dengan mudah dan mahir menggunakan komputer dengan sendiri. Selain itu, petugas juga memberikan pencerahan tentang cara untuk mengisi maklumat atau data secara atas talian dengan mudah menggunakan pautan yang betul seperti borang nikah, portal hrmis dan sebagainya. Tambahan, mereka akan mahir dan celik IT seterusnya memudahkan urusan mereka.
Aktiviti:-
-
- Peserta hadir dan mengambil tempat masing-masing. Peserta diberikan penerangan tentang cara mengisi maklumat atau data peribadi secara atas talian. Petugas juga mengingatkan untuk mengisi di pautan yang betul sebelum mengisi maklumat peribadi. Peserta mengisi maklumat dengan melayari pautan www.sppim.gov.my. Sesi Q&A dijalankan.
Tarikh | : | 8 Oktober 2021 |
Masa | : |
11.00 Pagi - 1.00 Petang |
Peserta | : | 1 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:-
Memberikan pencerahan kepada peserta warga emas tentang cara menghantar email menerusi telefon pintar . Selain itu, membantu peserta untuk menjadi celik IT dan boleh melakukan perkara berikut tanpa bantuan petugas . Peserta sangat bersemangat dan teruja semasa menghantar email dan sebagainya.
Aktiviti:-
- Peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang cara menggunakan email, menghantar dokumen dan gambar kepada penerima. Selain itu, petugas memberikan taklimat KDB kepada peserta. Sesi Q&A dijalankan.
- Gambar