Tarikh  7 Jun 2021 
 Masa :

 10.00 Pagi - 12.30 Tengahari

 Peserta :  18 Orang
 Lokasi :  Secara Atas Talian

 

Tujuan:-

Memberikan semangat dan pembelajaran secara atas talian mengenai tentang cara membuka kedai secara atas talian iaitu di aplikasi Shopee dan seterusnya membantu warga komuniti untuk menjana pendapatan semasa musim Covid-19 ini. Selain itu,  mereka juga dapat mempelajari teknik yang berkesan dari sudut mempromosikan produk jualan, memasukkan produk di Shopee dan cara menambahkan pengikut di kedai masing-masing menerusi Shopee.

Aktiviti:- 

    • Semua peserta hadir secara atas talian dan petugas memberikan penerangan tentang cara membuka akaun di Shopee, cara memasukkan produk dan sebagainya. Semua peserta membuka akaun dan mencuba memasukkan produk di Shopee.Tambahan, mereka juga diberikan taklimat KDB. Sesi Q&A dijalankan.
    • Gambar
Tarikh   22 Mei 2021 
 Masa :

 9.30 Pagi - 4.30 Petang 

 Peserta :  6 Orang
 Lokasi : PEDi Palong 5 

 

Tujuan:-

Kelas ini dihadiri 6 peserta dimana mereka merupakan pelajar tahun 5 dan 6 di Sekolah Kebangsaan Palong 5. E-Tuisyen ini diadakan bagi membantu golongan pelajar sekolah rendah dan menengah untuk mengikuti pembelajaran yang disediakan oleh pihak HQ bagi mengikuti kelas secara atas talian. Ianya membantu pelajar untuk menambahkan ilmu dan bayaran dengan kadar yang berpatutan. Dengan adanya e-tuisyen, pelajar dapat mengulangkaji serta mengikuti pembelajaran secara atas talian.

Aktiviti:- 

  • Semua peserta hadir dan petugas membuat persediaan untuk pelajar mengikuti kelas. Semua peserta mengikuti kelas dan pelbagai aktiviti yang dijalankan. Sesi Q&A dijalankan.
  • Gambar
Tarikh   6  Mei 2021 
 Masa :

 2.15 Petang - 4.15 Petang 

 Peserta :  12 Orang
 Lokasi :  Pusat Internet Komuniti Palong  5

 

Tujuan:-

Taklimat bersama usahawan kelulut dimana mereka telah diberi taklimat dan penerangan oleh wakil daripada Pejabat Felda Palong 5. Pelbagai tips dan perkongsian yang diberi bagi membantu usahawan sentiasa tekun. Tambahan, taklimat advokasi diselitkan.                              

Aktiviti:- 

    • Semua peserta hadir dan petugas memberikan sepatah dua kata serta memberi taklimat advokasi kepada peserta yang hadir. Cik Ana menyerahkan taklimat lanjut kepada wakil Pejabat Felda bagi membentangkan tentang usahawan kelulut. Semua peserta sangat teruja dan memberikan kerjasama yang baik semasa taklimat berlangsung. Sesi Q&A dijalankan.
    • Gambar
Tarikh  11  Mei 2021 
 Masa :

 2.15 Petang - 4.15 Petang 

 Peserta :  5 Orang
 Lokasi : PEDi Palong 5 

 

Tujuan:-

Mengadakan kelas untuk semua golongan bagi memudahkan peserta mengikuti kelas di PEDi Palong 5. Selain itu, dengan adanya kelas sebegini, dapat membantu usahawan meluaskan platform perniagaan mereka. Ianya sangat membantu kepada semua usahawan bagi memastikan pernigaan dapat dikekalkan sepanjang musim Covid-19 ini.                        

Aktiviti:- 

      • Petugas memberikan taklimat pemasaran produk di aplikasi Shopee dan Lazada. Petugas memberikan penerangan tentang cara menaikkan produk di Shopee dan Lazada. Peserta juga diajar tentang cara membuat variasi produk di Shopee.com. Sesi Q&A dijalankan.
      • Gambar
Tarikh   25  April 2021 
 Masa :

 2.15 Petang - 4.15 Petang 

 Peserta :  25 Orang
 Lokasi : PEDi Palong 5 

 

Tujuan:-

Majlis penyampaian hadiah dan sijil yang dijalankan adalah untuk memberi penghargaan kepada peserta Pertandingan Video Kreatif Pusat Internet Komuniti 2021. Majlis ini juga turut dihadiri oleh semua peserta pertandingan video serta tetamu istimewa iaitu Pengurus Felda Palong 5 bagi memberi semangat kepada peserta dan menyampaikan hadiah kepada semua peserta pertandingan video yang menang.

Aktiviti:- 

  • Semua peserta hadir dan petugas membuka tirai majlis, seterusnya Pengurus Felda Palong 5 memberikan sepatah dua kata dan majlis penyampaian hadiah dijalankan.
  • Gambar