Tarikh  22 Ogos 2021 
 Masa :

 9.30 Pagi - 10.30 Pagi

 Peserta :  4 Orang
 Lokasi : PEDi Palong 5 

Aktiviti:-

Kelas ini dihadiri 5 peserta dimana mereka merupakan pelajar tahun 5 dan 6 di Sekolah Kebangsaan Palong 5. E-Tuisyen ini diadakan bagi membantu golongan pelajar sekolah rendah dan menengah untuk mengikuti pembelajaran yang disediakan oleh pihak HQ bagi mengikuti kelas secara atas talian. Ianya membantu pelajar untuk menambahkan ilmu dan bayaran dengan kadar yang berpatutan.

Aktiviti:- 

  • Semua peserta hadir dan petugas membuat persediaan untuk pelajar mengikuti kelas. Semua peserta mengikuti kelas dan pelbagai aktiviti yang dijalankan. Sesi Q&A dijalankan.
  • Gambar
Tarikh  15 Ogos 2021 
 Masa :

 3.00 Petang - 5.00 Petang

 Peserta : 4 Orang
 Lokasi : PEDi Palong 5 

Tujuan:-

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberikan pengetahuan kepada usahawan Palong 4,5,6 tentang cara untuk mengemaskini kedai di atas talian Shopee. Selain itu, mereka juga didedahkan tentang cara untuk membuat baucer kedai dan membeli iklan baucer di Shopee. Tambahan, mereka juga diberi pendedahan tentang cara untuk membuat naik status di aplikasi Shopee.

Aktiviti:- 

      • Peserta diberikan penerangan kepada peserta yang hadir tentang cara membeli ikan baucer di Shopee. Selain itu, petugas juga memberikan pencerahan tentang cara untuk memuat naik status di Shopee. Tambahan, petugas memberikan taklimat advokasi SKMM. Sesi Q&A dijalankan.
      • Gambar
Tarikh 1 Ogos 2021 
 Masa :

3.00 Petang - 4.00 Petang

 Peserta : 1 Orang
 Lokasi : PEDi Palong 5 

 

Tujuan:-

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membantu usahawan  mendaftar perbankan atas talian bagi memudahkan urusan perniagaan mereka. Selain itu, ianya membantu pengurusan kewangan dan pelancaran keluar masuk kewangan secara tersusun.

Aktiviti:- 

      • Peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang cara membuka akaun perbankan atas talian. Selain itu, peserta diberikan penerangan tentang kepada semua bagaimana untuk membuka dibahagian pindahan wang di akaun lain serta memuat turun penyata kewangan. Tambahan, petugas juga menagmbil peluang untuk memberi  sedikit taklimat KDB. Sesi Q&A dijalankan.
      • Gambar
Tarikh  9 Ogos 2021 
 Masa :

10.00 Pagi - 1.00 Petang

 Peserta : 1 Orang
 Lokasi : PEDi Palong 5 

Tujuan:-

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membantu pelajar membuat portfolio dengan menggunakan Microsoft Word. Peserta juga dapat mempelajari tentang cara membuat portfolio dengan format yang betul dan tersusun. Pelajar juga dapat mempelajari cara membuat bingkai,mengubah jenis tulisan, menghias portfolio, membuat 'numbering page' dan sebagainya.

Aktiviti:- 

      • Peserta hadir dan petugas memberikan penerangan ttentang cara membuat portfolio yang kemas dan tersusun. Peserta membuat portfolio sendiri dan menghias mengikut kreativiti sendiri. Tambahan, petugas juga mengambil peluang untuk memberi  sedikit taklimat KDB. Sesi Q&A dijalankan.
      • Gambar
Tarikh  17 Julai 2021 
 Masa :

1.00 Petang - 2.00 Petang

 Peserta :  7 Orang
 Lokasi :  Secara Atas Talian

 

Tujuan:-

Memberikan hebahan dan perkongsian didalam aplikasi Telegram mengenai cara untuk membuat aturan di bahagian penghantaran di aplikasi Shopee. Selain itu, petugas juga memberikan pautan daripada youtube mengenai cara bagaimana untuk membuat aturan menggunakan perkhidmatan COD menggunakan Shoppe serta kelebihan serta kekurangan menggunakan penghantaran tersebut.

Aktiviti:- 

    • Petugas memberikan pautan dari youtube di aplikasi Telegram. Semua peserta membuka pautan tersebut. Sesi Q&A dijalankan.
    • Gambar