Tarikh | : | 17 Mac 2021 |
Masa | : |
2.00 Petang - 5.00 Petang |
Peserta | : | 7 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:-
Aktiviti ini dijalankan adalah untuk membantu belia dan wanita untuk menjadi celik IT disamping dapat mengetahui tentang cara penggunaan komputer dan mengisi data peribadi di laman sesawang kerajaan seperti permohonan PDRM, membuka e-penyata gaji, SSM dan sebagainya.
Aktiviti:-
- Semua peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang cara membuka laman web yang dikehendaki. Semua peserta mengisi maklumat peribadi di laman web. Sesi Q&A dijalankan.
Tarikh | : | 10 Mac 2021 |
Masa | : |
2.00 Petang - 5.00 Petang |
Peserta | : | 8 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:-
Perjumpaan secara atas talian menggunakan aplikasi zoom dijalankan bagi memudahkan urusan warga Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK). Selain itu, ianya membantu warga PPDK untuk menyediakan laporan dan perjumpaan secara atas talian dan seterusnya melancarkan perjumpaan.
Aktiviti:-
- Semua peserta hadir dan petugas memberikan penerangan terperinci tentang cara membuka zoom, melampirkan pembentangan dan seterusnya perjumpaan secara atas talian dijalankan. Semua peserta membuka pautan https://zoom.us/. Sesi perjumpaan dan mesyuarat atas talian dijalankan. Selain itu, petugas juga menambah sedikit taklimat KDB kepada semua peserta. Sesi Q&A dijalankan.
- GAMBAR
Tarikh | : | 22 Februari 2021 |
Masa | : |
3.00 Petang - 5.00 Petang |
Peserta | : | 15 Orang |
Lokasi | : | Secara Atas Talian |
Tujuan:-
Memberikan semangat dan pembelajaran secara atas talian mengenai tentang cara mempromosikan produk jualan dan seterusnya membantu warga komuniti untuk menjana pendapatan semasa musim Covid-19 ini. Selain itu, komuniti mereka juga dapat mempelajari teknik yang berkesan dari sudut mempromosikan produk jualan.
Aktiviti:-
-
- Semua peserta hadir secara atas talian dan petugas memberikan penerangan tentang teknik dan idea pengiraan harga jualan, teknik copywriting yang berkesan. Semua peserta berkongsi pandangan dan idea yang bernas. Tambahan, mereka juga diberikan taklimat KDB. Sesi Q&A dijalankan.
Tarikh | : | 4 Mac 2021 |
Masa | : |
2.00 Petang - 5.00 Petang |
Peserta | : | 10 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:-
Kelas ini dijalankan bagi memudahkan urusan usahawan untuk mengetahui tentang cara-cara untuk mengisi data permohonan secara atas talian. Penerangan diberikan oleh petugas dengan terperinci dan semua peserta mengisi data masing-masing. Selain itu, peserta juga dapat mengetahui secara terperinci tentang syarat-syarat kelayakan yang diperlukan sebelum mengisi borang atas talian tersebut.
Aktiviti:-
- Semua peserta hadir dan petugas memberikan penerangan terperinci tentang cara mengisi permohonan. Semua peserta membuka pautan www.tuns.my. Selain itu, petugas juga menambah sedikit taklimat KDB kepada semua peserta. Sesi Q&A dijalankan.
- GAMBAR
Tarikh | : | 16 Februari 2021 |
Masa | : |
3.00 Petang - 5.00 Petang |
Peserta | : | 5 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:-
Membantu komuniti Felda Palong 4,5,6 dengan memberikan pendedahan teknik untuk kolaj gambar bersama komuniti Palong 4,5,6. Selain itu, ianya membantu mereka mahir untuk mengubah suai gambar melalui https://www.pizap.com/app/start. Selain itu, ianya dapat membantu mereka menjadi celik IT dan boleh menggunakan komputer dengan sendiri.
Aktiviti:-
-
- Semua peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang cara penggunaan pizap.com. Semua peserta membuka pizap.com dan mencuba untuk membuat kolaj gambar. Tambahan, mereka juga diberikan taklimat KDB. Sesi Q&A dijalankan.
- GAMBAR