Tarikh | : | 9 Februari 2021 |
Masa | : |
3.00 Petang - 5.00 Petang |
Peserta | : | 5 Orang |
Lokasi | : |
PEDi Palong 5 |
Tujuan:-
Memberikan pencerahan kepada pelajar tentang cara penggunaan google meet menerusi atas talian. Pembelajaran secara atas talian di mana pelajar belajar secara atas talian bersama murid yang lain. Selain itu, ianya membantu mereka untuk menjadi celik IT dan mudah menggunakan zoom, google meet dan sebagainya disamping dapat membantu pembelajaran mereka menjadi mudah sepanjang tempoh PDPR.
Aktiviti:-
-
- Semua peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang cara penggunaan google meet dan zoom. Selain itu, mereka juga diajar tentang cara untuk menyembunyikan suara dan paparan wajah, berkongsikan pembentangan dan sebagainya. Tambahan, mereka juga diberikan taklimat KDB. Sesi Q&A dijalankan.
- GAMBAR
Tarikh | : | 3 Februari 2021 |
Masa | : |
3.00 Petang - 5.00 Petang |
Peserta | : | 5 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:-
Memberikan pembelajaran asas Whatsapp web bersama ahli GPW Palong 5 dengan mempelajari tentang cara membuka Whatsapp web, cara memuat turun dokumen dari Whatsapp web dan sebagainya. Ianya dapat membantu mereka membuat kerja-kerja mereka menjadi lebih pantas dan mudah.
Aktiviti:-
-
- Semua peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang cara membuka Whatsapp Web. Selain itu, semua peserta diberikan penerangan tentang cara membuka Whatsapp Web. Selain itu, mereka juga diberikan taklimat KDB. Sesi Q&A dijalankan.
- GAMBAR
Tarikh | : | 15 Januari 2021 |
Masa | : |
3.00 Petang - 5.00 Petang |
Peserta | : | 5 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:-
Mempelajari aplikasi terbaru untuk menghasilkan poster & grafik dengan lebih mudah serta senang untuk di gunakan oleh pelajar pada masa sekarang. Penggunakan aplikasi CANVA juga membantu para pelajar membuat poster dengan lebih kreatif dan mampu menarik minat pelajar untuk lebih kreatif dalam menghasilkan grafik untuk sesuatu kerja.
Aktiviti:-
-
- Semua peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang cara mengedit gambar mengguna Canva.com. Selain itu, petugas memberikan latihan asas untuk peserta mencuba membuat poster mengikut kreativiti sendiri dan memuat naik di halaman facebook masing-masing. Tambahan, petugas juga mengambil peluang untuk memberi sedikit taklimat KDB kepada semua peserta yang hadir. Sesi Q&A dijalankan.
- GAMBAR
Tarikh | : | 21 Januari 2021 |
Masa | : |
3.00 Petang - 5.00 Petang |
Peserta | : | 10 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:-
Memberikan pengenalan internet kepada komuniti Felda Palong 4,5,6 dengan mempelajari cara mengemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Selain membantu mereka menggunakan komputer, ianya juga dapat melahirkan belia yang celik IT dan mampu melayari internet tanpa bantuan petugas.
Aktiviti:-
-
- Semua peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang cara mengisi maklumat kemaskini di pautan https://bpr.hasil.gov.my/. Selain itu, peserta membuka dan mengisi data yang diminta dengan bantuan petugas. Tambahan, petugas juga mengambil peluang untuk memberi sedikit taklimat KDB kepada semua peserta yang hadir. Sesi Q&A dijalankan.
- Gambar
Tarikh | : | 10 Januari 2021 |
Masa | : |
3.00 Petang - 5.00 Petang |
Peserta | : | 7 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:-
Kelas ini dihadiri 5 peserta dimana mereka meminta untuk mengadakan kelas pengenalan internet. Bagi golongan belia, beliau sangat memerlukan pengetahuan berkenaan internet dan pelbagai borang dan semuanya menggunakan internet. Atas kehendak peserta, petugas mengadakan kelas asas pengenalan internet kepada golongan belia secara berperingkat.
Aktiviti:-
-
- Semua peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang cara membuka komputer dan melayari internet. Selain itu, peserta diberikan penerangan tentang bagaimana mengisi maklumat secara atas talian seperti permohonan rumah di spnb.com.my, ataupun mendaftar kemasukan anak ke sekolah di www.moe.gov.my dan sebagainya. Tambahan, petugas juga mengambil peluang untuk memberi sedikit taklimat KDB kepada semua peserta yang hadir. Sesi Q&A dijalankan.
- GAMBAR