Tarikh  24 Ogos 2020 
 Masa :

2.30 Petang - 5.00 Petang 

 Peserta :  7 Orang
 Lokasi : PEDi Palong 5 

 

Tujuan:-

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membantu para usahawan untuk meluaskan pemasaran produk jualan mereka disamping dapat mempelajari satu platform yang baharu untuk memasarkan produk dengan lebih meluas. Disamping itu, mereka juga boleh menyertai pertandingan yang diadakan di PEDi Palong 5  menerusi pembelajaran kelas Shopee tersebut. Mereka juga sangat teruja dan bersemangat semasa kelas berlangsung.

Aktiviti:- 

  • Semua peserta hadir dan petugas memberikan taklimat berkenaan tentang apakah itu shopee. Selain itu, petugas memberikan penerangan tentang cara membuka akaun shopee dan membuka kedai seterusnya memasukkan produk dan tips bagaimana untuk meningkatkan pengikut di kedai atas talian mereka itu. Peserta juga melakukannya dengan memasukkan produk mereka kedalam shopee. Peserta sangat teruja dan petugas juga memberikan sedikit taklimat KDB tentang keselamatan internet.
  • GAMBAR
Tarikh  21 Ogos 2020 
 Masa :

2.30 Petang - 5.00 Petang 

 Peserta :  5 Orang
 Lokasi : PEDi Palong 5 

 

Tujuan:-

Kelas ini dihadiri oleh 5 orang usahawan yang teah berjaya di Felda Palong 4,5,6. Kelas ini bertujuan untuk membantu para usahawan untuk membuka akaun syarikat secara atas talian setelah mereka mendaftar data peribadi di bank. Kelas ini membantu perniagaan mereka untuk menjadi lebih tersusun dan usahawan noleh memantau kewangan mereka secara atas talian dengan mudah.

Aktiviti:- 

  • Semua peserta hadir dan petugas memberikan sedikit pengenalan tentang perbankan atas talian. Semua peserta membuka pautan https://www.cimbclicks.com.my/. Semua peserta mengisi data peribadi yang diminta. Sesi Q&A dijalankan. Petugas juga memberikan taklimat KDB tentang penipuan internet.

GAMBAR

Tarikh 3 Ogos 2020 
 Masa :

3.00 petang - 5.00 Petang 

 Peserta :  5 Orang
 Lokasi : PEDi Palong 5 

 

Tujuan:-

Kelas ini disertai oleh belia Felda Palong 5. Kelas ini dijalankan adalah untuk membantu peserta lebih mahir menggunakan Microsoft Word seperti memasukkan gambar dalam artikel, membuat kotak dan penjajaran teks. Selain itu, kelas ini juga dapat membantu para belia untuk membuat kerja-kerja tugasan pembelajaran mereka.

Aktiviti:- 

  • Peserta hadir di PEDi Palong 5  secara berperingkat. Petugas memberi penerangan tentang bagaimana untuk memasukkan gambar dalam artikel, membuat kotak dan penjajaran teks. Peserta sangat memberikan kerjasama yang sangat baik semasa kelas berlangsung.
  • GAMBAR
Tarikh 5 Ogos 2020 
 Masa :

10.00 Pagi  - 3.00 Petang 

 Peserta :  30 Orang
 Lokasi : PEDi Palong 5 

 

Tujuan:-

Program ini dihadiri 30 orang yang merupakan komuniti Palong 4,5,6. Program ini diadakan adalah untuk memudahkan urusan berkenaan KWSP bagi komuniti sekitar Palong 4,5,6. Pelbagai perkhidmatan disediakan seperti semakan penyata, pendaftaran pengeluaran i-Lestari, pendaftaran i-saraan dan sebagainya.

Aktiviti:- 

  • Peserta hadir di PEDi Palong 5  secara berperingkat dan mengekalkan pematuhan SOP. Peserta diberikan taklimat tentang pelbagai perkhidmatan yang dijalankan. Petugas juga memberikan taklimat KDB dan promosi perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet Palong 5.

GAMBAR

Tarikh 24 Julai 2020 
 Masa :

3.00 petang - 5.00 Petang 

 Peserta :  5 Orang
 Lokasi : PEDi Palong 5 

 

Tujuan:-

Kelas ini dihadiri oleh 5 orang belia sekitar Palong 4,5,6. Kelas ini dijalankan bertujuan untuk mempelajari multimedia dengan lebih terperinci dan boleh menjadikan punca pendapatan sampingan dengan mempelajari teknik edit gambar dengan betul.

Aktiviti:- 

  • Peserta hadir di PEDi Palong 5  berperingkat. Petugas memberi penerangan mengenai bagaimana untuk edit gambar dan memasukkan animasi yang sesuai didalam gambar tersebut. Peserta melayari www.photobook.com.my. Semua peserta diberikan teknik mengedit gambar dengan jelas dan cantik. Semua peserta sangat memberikan kerjasama yang baik dan sangat teruja semasa kelas berlangsung.
  • GAMBAR