Tarikh | : | 22 Februari 2020 |
Masa | : |
10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Peserta | : | 9 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:-
Kelas ini dihadiri oleh 9 orang peserta dari kalangan dewasa generasi kedua. Tujuan kelas ini dijalankan adalah daripada permintaan mereka sendiri untuk mengisi borang secara atas talian permohonan rumah mampu milik di Negeri Sembilan. Selain itu, mereka juga dapat mempelajari tentang cara untuk membuka akaun gmail serta menghantar permohonan mereka sendiri melalui gmail.
Aktiviti:-
Petugas memberikan penerangan kepada peserta tentang cara membuka laman web www.ns.gov.my. Selain itu, mereka juga diberikan diajar bagaimana mengisi borang tersebut menggunakan Ms Word serta membuka akaun gmail.Peserta sangat teruja kerana mereka membuat secara praktikal dan dapat mempelajarinya dengan cepat.
Tarikh | : | 20 Februari 2020 |
Masa | : |
09.30 Pagi - 12.00 Tengahari |
Peserta | : | 8 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:-
Kelas ini dihadiri oleh 8 orang peserta dari kalangan peneroka dan penerokawati. Mereka diberi pendedahan pembelajaran tentang cara membuka aplikasi whatsapp menggunakan komputer. Para peserta sangat gembira kerana dapat mempelajari sesuatu yang baru.
Aktiviti:-
Petugas memberikan penerangan kepada peserta tentang cara membuka aplikasi whatsapp web. Selain itu, mereka juga diberikan penerangan tentang penggunaan aplikasi itu dan peserta membuat secara praktikal menghantar dan menerima whatsapp web tersebut.
Tarikh | : | 6 Februari 2020 |
Masa | : |
10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Peserta | : | 8 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:-
Kelas ini dihadiri oleh 8 orang peserta dari kalangan pewarga emas. Semua peserta terdiri daripada warga Masjid Felda Palong 6. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan tentang menggunakan komputer dan cara menaip menggunakan Microsoft Word.
Aktiviti:-
Petugas memberikan penerangan kepada peserta tentang cara menggunakan Microsoft Word. Mereka diajar mengenal perkakasan komputer, cara membuka Microsoft Word, cara menaip dan menggunakan tools di Microsoft Word. Peserta sangat memberikan kerjasama yang sangat baik semasa kelas berlangsung.
Tarikh | : | 13 Februari 2020 |
Masa | : |
10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Peserta | : | 8 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:-
Kelas ini dihadiri oleh 8 orang peserta dari kalangan pewarga emas. Semua peserta terdiri daripada warga Masjid Felda Palong 6. Mereka diberi pendedahan pembelajaran tentang teknik membuat surat rasmi dengan menggunakan format yang betul. Selain itu juga, mereka juga berikan penerangan yang terperinci tentang penggunaan surat rasmi tersebut.
Aktiviti:-
Petugas memberikan penerangan kepada peserta tentang cara membuat surat rasmi. Semua peserta membuat surat rasmi dengan menggunakan format yang betul. Selain itu, petugas juga memberikan taklimat KDB sebenarnya.my kepada peserta yang hadir.
Tarikh | : | 2 Februari 2020 |
Masa | : |
3.00 Petang - 5.00 Petang |
Peserta | : | 7 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:-
Kelas ini dihadiri oleh 7 orang peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Semua peserta diberikan pendedahan tentang bagaimana untuk menggunakan Microsoft Word dan dapat membantu mereka membuat kerja persekolahan mereka dengan cepat dan betul.
Aktiviti:-
Petugas memberikan penerangan kepada peserta tentang cara menggunakan Microsoft Word. Mereka juga diberikan penerangan tentang cara mengambil bahan-bahan dari internet dan salin serta tampal di Microsoft Word. Petugas juga memberikan taklimat KDB berkenaan tentang kelebihan internet masa kini.