Tarikh | : | 23 Januari 2020 |
Masa | : |
3.00 Petang - 5.00 Petang |
Peserta | : | 7 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:-
Kelas ini dihadiri oleh 7 orang peserta dari kalangan belia dan wanita dewasa. Kelas ini diadakan adalah untuk memudahkan urusan usahawan dan belia didalam memantau keluar masuk aliran kewangan mereka. Selain itu, mereka juga dapat mengetahui dengan lebih mendalam dengan melakukan pelbagai transaksi atas talian.
Aktiviti:-
Petugas memberi pendedahan tentang bagaimana pendaftaran banking online serta bagaimana penggunaan banking online. Peserta sangat gembira semasa diberi pengetahuan tentang bagaimana untuk melihat penyata akaun bulan ke bulan dan transaksi keluar masuk duit. Petugas juga memberikan taklimat KDB berkenaan pentingnya kata laluan dan log keluar aplikasi atas talian.