Tarikh  25 Ogos 2023
 Masa :

3.00 Petang - 5.00 Petang 

 Peserta : 7 Orang
 Lokasi : PEDi Palong  5 

 

Tujuan:-

Memberikan penerangan dan pencerahan kepada semua peserta yang hadir untuk mempelajari tentang cara membuat profail syarikat. Selain itu, mereka juga dapat membuat profail perniagaan sendiri dan penyata kewangan serta dapat memudahkan urusan mereka memohon bantuan dari jabatan-jabatan usahawan. Tambahan, dengan adanya profail syarikat, usahawan menjadi lebih maju dan mempunyai jenama produk keluaran sendiri.

Aktiviti:- 

  • Semua peserta hadir dan peserta diberikan penerangan tentang cara untuk membuat profail perniagaan. Selain itu, semua peserta membuat profail perniagaan masing-masing. Semua peserta sangat memberikan kerjasama yang baik. Sesi Q&A dijalankan.
  • Gambar
Tarikh  19 Ogos 2023
 Masa :

3.00 Petang - 5.00 Petang 

 Peserta : 10 Orang
 Lokasi : PEDi Palong  5 

 

Tujuan:-

E-pembelajaran yang dijalankan bagi membantu pelajar mengisi masa lapang mereka dengan mengulang kaji pelajaran. Di samping itu, ianya dapat menarik minat pelajar untuk berkunjung di PEDi dan dapat belajar dengan selesa. Petugas juga memberikan taklimat advokasi SKMM

Aktiviti:- 

    • Semua peserta hadir dan mengambil tempat masing-masing. Petugas memberikan penerangan tentang cara mudah untuk membantu mengulang kaji pelajaran. Petugas memberikan kuiz di https://www.liveworksheets.com/ sebagai latihan dan kefahaman pelajar. Semua peserta sangat teruja semasa kelas berlangsung. Sesi Q&A dijalankan.
    • Gambar
Tarikh  3 Ogos 2023
 Masa :

3.00 Petang - 5.00 Petang 

 Peserta : 10 Orang
 Lokasi : PEDi Palong  5 

 

Tujuan:-

Menerangkan tentang kesan teknologi IOT dalam kehidupan seharian. Pelajar turut diberi kuiz untuk menguji kefahaman berkenaan IOT.

Aktiviti:- 

    • Peserta hadir ke PEDi.Peserta diberi taklimat berkenaan berkenaan sistem IOT. Peserta diterangkan berkenaan aplikasi yang terhasil daripada implementasi IOT. Peserta diminta untuk mencuba aplikasi berkenaan dengan bimbingan petugas. Petugas memberi kuiz yang berkenaan dengan kelas. Sesi Q&A dijalankan.
    • Gambar
Tarikh  10 Ogos 2023
 Masa :

3.00 Petang - 5.00 Petang 

 Peserta : 6 Orang
 Lokasi : PEDi Palong  5 

 

Tujuan:-

Memberikan pembelajaran asas Whatsapp web bersama belia dan wanita dengan mempelajari tentang cara membuka Whatsapp web, cara memuat turun dokumen dari Whatsapp web dan sebagainya. Ianya dapat membantu mereka membuat kerja-kerja mereka menjadi lebih pantas dan mudah. Tambahan itu, dengan mempelajari penggunaan Whatsapp Web, ianya akan memudahkan kerja-kerja mereka agar menjadi lebih efisyen dan teratur.

Aktiviti:- 

    • Semua peserta hadir dan mengambil tempat masing-masing. Petugas memberikan penerangan tentang kelebihan dan kekurangan menggunakan Whatsapp web. Petugas memberikan peringatan kepada peserta untuk sentiasa log keluar apabila menggunakan aplikasi Whatsapp web. Semua peserta membuka Whatsapp web dan petugas memberikan penerangan tentang cara untuk menghantar whatsapp, menghantar dokumen atau gambar dan sebagainya.Sesi Q&A dilakukan.
    • Gambar
Tarikh 21 Julai 2023
 Masa :

10.00 Pagi - 12.30 Tengahari 

 Peserta :  4 Orang
 Lokasi :  PEDi Palong  5 

 

Tujuan:

Membantu usahawan untuk meluaskan promosi homestay masing-masing melalui ‘Facebook Page’ disamping membantu usahawan Homestay mencapai permintaan yang berterusan oleh pelanggan mereka. Tambahan, semua peserta juga diberikan taklimat advokasi SKMM.

Aktiviti:- 

    • Semua peserta diberikan taklimat tentang kelebihan menggunakan facebook page. Selesai taklimat, peserta mencipta halaman kedai masing-masing mengikut jenis perniagaan masing-masing. Peserta sangat teruja semasa membuat halaman di facebook page. Petugas juga memberikan taklimat advokasi SKMM. Sesi Q&A dijalankan.
    • Gambar