Tarikh | : | 4 Disember 2023 |
Masa | : | 3.00Petang - 5.00Petang |
Peserta | : | 15 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:-
Membantu ibu bapa untuk mengemaskini profil anak-anak mereka di sistem atas talian di https://public.moe.gov.my disamping dapat menjadikan mereka menjadi Celik IT. Tambahan, semua peserta dapat diajar bagaimana untuk mendaftar,log masuk sistem dan mengisi maklumat anak-anak yang diperlukan. Semua peserta sangat teruja semasa kelas berlangsung.
Aktiviti:-
- Peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang cara untuk mengemaskini maklumat anak-anak di portal https://public.moe.gov.my. Semua peserta dibantu petugas untuk mengisi maklumat asas anak-anak di dalam system tersebut. Tambahan, semua peserta diberikan taklimat berkenaan maklumat yang perlu diisi. Selain itu, mereka juga diberikan taklimat KDB. Sesi Q&A dijalankan.
Tarikh | : | 21 November 2023 |
Masa | : | 3.00Petang - 5.00Petang |
Peserta | : | 10 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:-
Memberikan pembelajaran asas Whatsapp web bersama belia dan wanita dengan mempelajari tentang cara membuka Whatsapp web, cara memuat turun dokumen dari Whatsapp web dan sebagainya. Ianya dapat membantu mereka membuat kerja-kerja mereka menjadi lebih pantas dan mudah. Tambahan itu, dengan mempelajari penggunaan Whatsapp Web, ianya akan memudahkan kerja-kerja mereka agar menjadi lebih efisyen dan teratur.
Aktiviti:-
-
- Semua peserta hadir dan mengambil tempat masing-masing. Petugas memberikan penerangan tentang kelebihan dan kekurangan menggunakan Whatsapp web. Petugas memberikan peringatan kepada peserta untuk sentiasa log keluar apabila menggunakan aplikasi Whatsapp web. Semua peserta membuka Whatsapp web dan petugas memberikan penerangan tentang cara untuk menghantar whatsapp, menghantar dokumen atau gambar dan sebagainya.Sesi Q&A dilakukan.
Tarikh | : | 08 November 2023 |
Masa | : |
3.00Petang - 5.00Petang |
Peserta | : | 7 Orang |
Lokasi | : | PEDi Felda Palong 5 |
Tujuan:-
Peserta diajar tentang cara bagaimana untuk memuat turun gambar di atas talian. Tambahan itu, semua peserta diajar tentang cara untuk memasukkan gambar-gambar didalam Microsoft Publisher. Semua peserta sangat memberikan Kerjasama yang baik.
Aktiviti:-
Petugas memberikan taklimat kepada peserta tentang kelebihan Microsoft Publisher. Semua peserta didedahkan tentang cara untuk memasukkan
gambar dan edit menggunakan Microsoft Publisher dengan mudah. Peserta juga diajar cara untuk menyusun gambar tersebut,
cara untuk memasukkan bingkai dan sebagainya. Semua peserta sangat teruja semasa kelas berlangsung.
Tarikh | : | 17 November 2021 |
Masa | : |
3.00 Petang - 5.00 Petang |
Peserta | : | 15 Orang |
Lokasi | : | PEDi Felda Palong 5 |
Tujuan:-
Memberi pendedahan dan penerangan tentang cara untuk membuat permohonan sumbangan tunai rahmah (STR). Ianya dapat membantu semua peserta untuk membuat permohonan, mengemaskini data dan sebagainya. Selain itu, dengan adanya kelas seperti ini, dapat membantu semua golongan menjadi celik IT serta memudahkan urusan mereka.
Aktiviti:-
-
- Semua peserta diberikan penerangan tentang cara untuk membuat permohonan dan kemaskini data dihttp://bantuanhasil.hasil.gov.my. Semua peserta diajar cara untuk memasukkan data yang diperlukan. Sesi Q&A dijalankan.
- Gambar
Tarikh | : | 03 November 2023 |
Masa | : |
4.00 Petang - 5.30 Petang |
Peserta | : | 7 Orang |
Lokasi | : | PEDi Palong 5 |
Tujuan:-
Peserta diberi pencerahan tentang cara untuk memilih templet yang sesai mengikut pilihan mereka sendiri. Tambahan, mereka juga boleh memilih warna yang disediakan serta membuat pelbagai dekorasi menggunakan Microsoft Power Point.
Aktiviti:-
- Semua peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Semua peserta diberikan pencerahan tentang Microsoft Power Point dan cara untuk membuat slaid. Petugas memberikan taklimat tentang cara memilih slaid dan menukar slaid mengikut tema mereka. Peserta juga diajar cara memasukkan lagu, transition yang menarik serta membuat slaid yang ringkas dan padat. Sesi Q&A dijalankan.
- Gambar