Tarikh  21 Mac 2023 
Masa :

 3.00 Petang - 5.00 Petang 

 Peserta :  8 Orang
 Lokasi : NaDi Felda Palong 5 

Tujuan:-

Kelas ini dihadiri 8 peserta dimana mereka merupakan usahawan. Kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pencerahan dan pengenalan tentang penggunaan Microsoft Excel. Kelas ini membantu mereka dalam menguruskan laporan kewangan masing-masing dan membuatkan kerja-kerja mereka menjadi tersusun dan lebih kemas.

Aktiviti:- 

  • Semua peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang cara membuat laporan kewangan. Selain itu,peserta diberikan latihan untuk mahirkan pengiraan didalam Microsoft Excel. Tambahan, petugas juga mengambil peluang untuk memberi  sedikit taklimat KDB kepada semua yang hadir. Sesi Q&A dijalankan.
  • GAMBAR
Tarikh  16 Mac 2024
 Masa :

 3.00 Petang - 5.00 Petang

 Peserta :  7 Orang
 Lokasi : NaDi Felda Palong 5

 

Tujuan:-

Kelas ini dijalankan bagi memudahkan urusan usahawan untuk mengetahui tentang cara-cara untuk membuat semakan  permohonan secara atas talian. Penerangan diberikan oleh petugas dengan terperinci dan semua peserta perlu juga diberikan penerangan tentang pembelian barangan dan dokumen yang perlu dikembalikan. Selain itu, peserta juga mendapat manfaat bantuan dari kerajaan negeri.

Aktiviti:- 

  • Semua peserta hadir dan petugas memberikan penerangan terperinci tentang cara semakan dan pembelian barangan. Semua peserta membuka pautan www.tuns.my. Selain itu, petugas juga menambah sedikit taklimat KDB kepada semua peserta. Sesi Q&A dijalankan.
  • Gambar
Tarikh 1 Februari 2024
 Masa :

10.00 Pagi - 1.00 Petang

 Peserta : 6 Orang
 Lokasi : PEDi Palong 5

Tujuan:-

Tujuan utama pembuatan MYKD adalah untuk memberikan klarifikasi, penjelasan, atau instruksi terkait dengan suatu hal secara rasmi dan tertulis. Dokumen ini juga dapat berfungsi sebagai bukti tertulis terkait dengan suatu komunikasi atau keputusan yang telah dibuat.Semua wakil ahli Jawatankuasa Pertubuhan Belia hadir dan petugas memberikan penerangan bagaimana untuk membuat laporan yang perlu dihantar kepada ROY. Disamping itu, dapat memberikan ilmu pengetahuan bagaimana membuat pelaporan yang formal kepada semua peserta yang hadir.

Aktiviti:-

Semua peserta hadir dan petugas memberikan taklimat lengkap mengenai cara untuk membuat dokumen MYKD mengikut format yang diberi. Selain itu, semua peserta membuat laporan-laporan berkaitan mengikut format yang terkini. Taklimat advokasi dijalankan. Sesi Q&A dijalankan.

Gambar

Tarikh 9 Februari 2024
 Masa :

3.00 Petang - 5.00 Petang

 Peserta : 6 Orang
 Lokasi : NaDi Felda Palong 5

 

Tujuan:-

Kelas ini dihadiri 6 orang yang merupakan belia dan lepasan sekolah. Peserta diajar tentang cara membuat resume terkini, padat dan lengkap. Semua peserta membuat resume masing-masing dengan bantuan petugas. Tambahan, semua peserta diberikan kerjasama yang sangat baik semasa kelas berlangsung.

Aktiviti:-

Semua peserta hadir dan petugas membuka pautan zoom kelas kepada peserta. Tenaga pengajar memberikan penerangan tentang cara membuat resume terkini dan mencari peluang pekerjaan serta membuat resume terkini. Seterusnya, semua peserta diberikan maklumat tentang penggunaan kotak dan bentuk. Selain itu, mereka juga diajar tentang penggunaan warna yang betul dan
tulisan yang jelas serta ayat yang tersusun.Sesi Q&A dijalankan.

Gambar

 

Tarikh 20 Februari 2024
 Masa :

10.00 Pagi - 12.00 Petang

 Peserta : 20 Orang
 Lokasi : PEDi Palong 5

 

Tujuan:-

Inisiatif daripada kerajaan Negeri Sembilan dimana telah mewujudkan sistem permohonan sumbangan pelbagai jenis bantuan. Antaranya adalah sumbangan Keceriaan Warga Emas. Ianya membantu meringankan serba sedikit bebanan warga emas.

Aktiviti:- 

Semua peserta hadir dan petugas memberikan taklimat lengkap berkenaan dengan Sumbangan Keceriaan Warga Emas. Peserta memberikan penerangan dokumen yang perlu disediakan semasa permohonan dibuat. Peserta sangat teruja semasa penerangan dibuat. Sesi Q&A dijalankan