Tarikh 23 Ogos 2024
 Masa :

3.00 Petang - 5.00 Petang

 Peserta : 7 Orang
 Lokasi : NaDi Felda Palong 5

 

Tujuan:-

Kelas ini dihadiri 7 orang yang merupakan belia dan lepasan sekolah. Peserta diajar tentang cara membuat resume terkini, padat dan lengkap. Semua peserta membuat resume masing-masing dengan bantuan petugas. Tambahan, semua peserta diberikan kerjasama yang sangat baik semasa kelas berlangsung.

Aktiviti:-

Semua peserta hadir dan petugas memberi penerangan tentang membuat resume terkini.Seterusnya, semua peserta diberikan maklumat tentang penggunaan kotak dan bentuk. Selain itu, mereka juga diajar tentang penggunaan warna yang betul dan tulisan yang jelas serta ayat yang tersusun.Sesi Q&A dijalankan.

Gambar

 

Tujuan:-

Kelas ini dihadiri oleh 5 orang peserta dari kalangan wanita dewasa. Semua peserta mengisi pendaftaran di laman web Permohonan Atas Talian Ke capaTingkatan (1) Sekolah Berasrama Penuh (moe.gov.my). Semua peserta mengisi pendaftaran maklumat peribadi dan pencapaian akademik sekolah anak secara atas talian. Kelas ini membantu warga wanita untuk menjadikan mereka celik IT dan mahir menggunakan komputer.

Aktiviti:-

Petugas memberikan penerangan kepada peserta dengan membuka laman wen Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan (1) Sekolah Berasrama Penuh (moe.gov.my). Petugas memberikan penerangan kepada peserta berkenaan cara mengisi maklumat, membuat pendaftaran baru dan mengisi maklumat anak masing-masing. Peserta sagat teruja semasa mengisi maklumat tersebut.

Gambar

Tarikh 05 Ogos  2024
 Masa :

3.00 Petang - 5.30 Petang 

 Peserta : 7 Orang
 Lokasi : NADI Felda Palong  5 

 

Tujuan:-

Membantu peserta untuk meningkatkan kemahiran menulis dengan jelas dan tepat. Tambahan, membantu mengajar cara merekod butiran mesyuarat dengan tepat dan menyeluruh, memastikan semua maklumat penting direkodkan untuk rujukan masa hadapan.

Aktiviti:- 

  • Semua peserta diberikan pengenalan kepada minit mesyuarat dan tentang apa itu minit mesyuarat, kepentingannya, dan komponen utama yang perlu ada. Petugas menjelaskan fungsi-fungsi utama yang berguna untuk menulis minit mesyuarat seperti tab, toolbar, dan format teks. Tambahan, ianya membantu  untuk menggunakan gaya teks untuk tajuk, sub-tajuk, dan isi kandungan. Selain itu, ianya juga menyediakan format yang konsisten untuk seluruh dokumen. Aktiviti ini akan membantu peserta menguasai penggunaan Microsoft Word untuk menulis minit mesyuarat dengan lebih efisien dan profesional.Sesi Q&A dijalankan.
  • Gambar
Tarikh  09 Ogos 2024
 Masa :

 3.00 Petang - 5.00 Petang 

 Peserta :  6 Orang
 Lokasi :  NADI Felda Palong 5

 

Aktiviti:-

Membantu Petubuhan Khairat Felda Palong 5  dengan memberikan pencerahan tentang cara untuk mengemaskini organisasi pertubuhan di sistem eRoses. Selain itu, semua peserta diberikan pencerahan bagaimana memasukkan maklumat pertubuhan, ahli-ahli dan jawatankuasa yang berdaftar. Semua peserta mendaftar dengan tekun dan bersemangat.

Aktiviti:- 

  • Semua peserta hadir dan petugas memberikan taklimat berkenaan bagaimana untuk mendaftar di sistem eROSES. Selain itu, semua peserta mmengisi maklumat pertubuhan dan maklumat yang diminta. Tambahan, petugas juga memberikan penerangan bagaimana untuk memasukkan logo secara atas talian dan membuat penerangan kepada logo tersebut. Sesi Q&A dijalankan.
  • Gambar
Tarikh 20 Julai 2024
 Masa :

3.00 Petang - 4.30 Petang 

 Peserta : 7 Orang
 Lokasi : NADI Felda Palong  5 

 

Tujuan:-

Membuka peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pendidikan tanpa halangan kewangan, memastikan lebih ramai pelajar dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tambahan. dapat memberikan motivasi kepada pelajar untuk terus belajar dan mencapai kejayaan akademik kerana mereka mempunyai sokongan kewangan yang diperlukan. Meringankan beban kewangan keluarga, membolehkan mereka menumpukan perhatian kepada aspek pembelajaran tanpa terlalu risau tentang kos pendidikan.

Aktiviti:- 

  • Semua peserta diberikan penerangan tentang cara untuk membuat permohonan dan kemaskini data di Sistem Permohonan Bantuan Agihan MAINS. Semua peserta diajar cara untuk memasukkan data yang diperlukan. Tambahan, taklimat KDB turut dijalankan. Sesi Q&A dijalankan.
  • Gambar