Tarikh | : | 21 Jun 2024 |
Masa | : |
2.30 Petang - 5.00 Petang |
Peserta | : | 35 Orang |
Lokasi | : | NaDi Felda Palong 5 |
Tujuan:-
Tujuan kelas Komuniti E-Read English Corner diadakan adalah untuk menyediakan platform pembelajaran bahasa Inggeris kepada komuniti bagi meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris, meningkatkan keyakinan diri dimana membantu peserta untuk merasa lebih yakin menggunakan bahasa Inggeris dalam situasi harian, sama ada untuk tujuan peribadi atau profesional. Tambahan,dengan adanya program seperti ini, ianya membantu untuk memperkasakan individu dan komuniti dengan kemahiran bahasa Inggeris yang lebih baik.
Aktiviti:-
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Program Komuniti E-Read English Corner ialah kuiz atas talian di Games to Learn English dalam kategori dewasa dan kanak-kanak. Tambahan pula, kuiz Word Search dan Spelling Bee turut dijalankan sepanjang Program Komuniti E-Read English Corner. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja membantu peserta meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris mereka, tetapi juga menambah elemen keseronokan dalam pembelajaran. Penyampaian hadiah juga diadakan untuk menghargai usaha dan pencapaian para peserta.