Tarikh  06 Oktober 2024
 Masa :

 3.00 Petang - 5.00 Petang

 Peserta :  9 Orang
 Lokasi :  NADI Felda Palong 5

Tujuan:-

Kelas ini dihadiri oleh 9 orang peserta dari kalangan wanita dewasa dan pelajar. Semua peserta membuka laman web https://idme.moe.gov.my/. Semua peserta mengemaskini maklumat terutama alamat bagi penempatan anak ke tingkatan 1. Kelas ini membantu warga wanita untuk menjadikan mereka celik IT dan mahir menggunakan komputer.

Aktiviti:-

Petugas memberikan penerangan kepada peserta dengan membuka laman wen https://idme.moe.gov.my/. Petugas memberikan penerangan kepada peserta berkenaan cara mengisi maklumat, membuat pendaftaran baru dan menghantar borang tersebut. Peserta sagat teruja semasa mengisi maklumat tersebut.

Gambar

Tarikh  24 September 2024
 Masa :

 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

 Peserta :  5 Orang
 Lokasi :  NADI Felda Palong 5

 

Tujuan:-

Membantu usahawan untuk mempelajari tentang cara untuk menukar kata laluan perbankan atas talian.Selain itu, ianya membantu mereka  bagi memudahkan urusan perniagaan mereka. Tambahan, memudahkan mereka untuk memantau keluar masuk kewangan mereka dengan mudah.

Aktiviti:- 

      • Peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang cara menukar kata laluan akaun perbankan atas talian. Selain itu, peserta diberikan penerangan tentang kepada semua bagaimana untuk membuka dibahagian pindahan wang di akaun lain, medaftar secure2u serta memuat turun penyata kewangan. Tambahan, petugas juga mengambil peluang untuk memberikan sedikit taklimat KDB. Sesi Q&A dijalankan.
      • Gambar
Tarikh  11 September 2024
 Masa :

 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

 Peserta :  6 Orang
 Lokasi : NADI Felda Palong 5 

 

Tujuan:-

Menjadikan pelajar celik IT dengan melayari internet dengan mudah dan mahir menggunakan komputer dengan sendiri. Selain itu, petugas juga memberikan pencerahan tentang cara untuk mengisi maklumat atau data secara atas talian dengan mudah menggunakan pautan yang dibekalkan guru masing-masing. Tambahan, mereka akan mahir dan celik IT seterusnya memudahkan urusan mereka.

Aktiviti:- 

    • Peserta hadir dan mengambil tempat masing-masing. Peserta diberikan penerangan tentang cara mengisi untuk log masuk pautan yang diberikan oleh guru masing-masing.. Peserta mengisi maklumat bersama-sama rakan yang lain. Sesi Q&A dijalankan.
    • Gambar

Tujuan:-

Kelas ini dihadiri oleh semua usahawan Palong. Petugas memberikan penerangan kepada peserta tentang cara membuat kewangan dengan menggunakan Microsoft Excel dengan mudah dan pantas. Petugas juga memberikan pencerahan tentang perkara wajib yang diperlukan setiap kali membuat laporan kewangan. Peserta sangat teruja semasa kelas berlangsung.

Aktiviti:- 

Semua peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang cara membuat laporan kewangan.  Selain itu,peserta diberikan latihan untuk mahirkan pengiraan didalam Microsoft Excel. Tambahan itu, petugas juga mengambil peluang untuk memberi sedikit taklimat KDB kepada semua yang hadir. Sesi Q&A dijalankan.

Gambar

 

Tarikh  06 September 2024
 Masa :

 3.00Petang - 5.00Petang

 Peserta :  7 Orang
 Lokasi :  NADI Felda Palong 5

 

Tujuan:-

Membuat permohonan bicara kuasa dengan melayari internet dengan mudah dan mahir menggunakan komputer dengan sendiri. Selain itu, petugas juga memberikan pencerahan tentang cara untuk mengisi maklumat atau data secara atas talian dengan mudah melalui laman web  https://myland.gov.my. Tambahan, mereka akan mahir dan celik IT seterusnya memudahkan urusan mereka.

Aktiviti:- 

    • Peserta hadir dan mengambil tempat masing-masing. Peserta diberikan penerangan tentang cara mengisi maklumat atau data peribadi secara atas talian. Petugas juga mengingatkan untuk mengisi di pautan yang betul sebelum mengisi maklumat peribadi. Peserta mengisi maklumat dengan melayari pautan https://myland.gov.my.  Sesi Q&A dijalankan.
    • Gambar