Tarikh | : | 04 Mei 2024 |
Masa | : |
3.00Petang - 5.00Petang |
Peserta | : | 5 Orang |
Lokasi | : | NADI Felda Palong 5 |
Tujuan:-
Membantu merekod data pencarum bagi Pertubuhan Belia Felda Palong 5. Mereka diajar cara memasukkan data, membuat kotak membuat kiraan dengan mudah menggunakan Microsoft Excel. Semua peserta memberikan kerjasama yang sangat baik semasa kelas berlangsung.
Aktiviti:-
Semua peserta diberikan penerangan tentang cara untuk menggunakan Microsoft Word. Semua peserta juga diajar bagaimana untuk memasukkan kotak, penjajaran teks dan sebagainya. Semua peserta sangat memberikan kerjasama yang baik. Sesi Q&A dijalankan.
Tarikh | : | 21 April 2024 |
Masa | : |
3.00Petang - 5.00Petang |
Peserta | : | 5 Orang |
Lokasi | : | NADI Felda Palong 5 |
Tujuan:-
Memberikan penerangan dan pencerahan kepada semua peserta yang hadir untuk mempelajari tentang cara membuat profail syarikat. Selain itu, mereka juga dapat membuat profail perniagaan sendiri dan memudahkan urusan mereka untuk memohon bantuan dari jabatan-jabatan kerajaan. Tambahan itu, dengan adanya profail syarikat, usahawan akan bertambah yakin untuk memajujukan produk keluaran sendiri.
Aktiviti:-
Peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang cara membuat profil perniagaan mengikut format terkini. Selain itu, petugas juga memberikan cadangan dan idea untuk mengisi maklumat yang tepat dan jelas. Tambahan, petugas juga mengambil peluang untuk memberi sedikit taklimat KDB. Sesi Q&A dijalankan.
Tarikh | : | 08 April 2024 |
Masa | : |
3.00 Petang - 5.00 Petang |
Peserta | : | 5 Orang |
Lokasi | : | NADI Felda Palong 5 |
Tujuan:-
Kelas ini dihadiri oleh semua usahawan Palong. Petugas memberikan penerangan kepada peserta tentang cara membuat kewangan dengan menggunakan Microsoft Excel dengan mudah dan pantas. Petugas juga memberikan pencerahan tentang perkara wajib yang diperlukan setiap kali membuat laporan kewangan. Peserta sangat teruja semasa kelas berlangsung.
Aktiviti:-
Semua peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang cara membuat laporan kewangan. Selain itu,peserta diberikan latihan untuk mahirkan pengiraan didalam Microsoft Excel. Tambahan itu, petugas juga mengambil peluang untuk memberi sedikit taklimat KDB kepada semua yang hadir. Sesi Q&A dijalankan.
Tarikh | : | 19 April 2024 |
Masa | : |
3.00Petang - 5.00Petang |
Peserta | : | 7 Orang |
Lokasi | : | NADI Felda Palong 5 |
Tujuan:
Tujuan kelas ini adalah untuk membuat kertas kerja dengan struktur yang betul dan format yang terkini. Selain itu, mereka juga diberi pendedahan tentang bagaimana membuat teks dengan ayat yang betul dan tersusun.
Aktiviti:
Peserta hadir dan mengambil tempat masing-masing. Peserta diberi sedikit penerangan bagaimana untuk membuat kertas kerja menggunakan format yang betul dan tersusun. Semua sangat memberikan komitmen yang sangat baik semasa kelas berlangsung.
Tarikh | : | 03 April 2024 |
Masa | : |
3.00 Petang - 5.00 Petang |
Peserta | : | 6 Orang |
Lokasi | : | NADI Felda Palong 5 |
Tujuan:-
Memberikan penerangan dan taklimat mengenai cara untuk berkomunikasi berkesan semasa dalam berpersatuan. Tambahan, semua peserta diberikan pandangan tentang pentingnya komunikasi yang baik bagi meneruskan pertubuhan dengan lancar dan harmoni.
Aktiviti:-
Semua peserta hadir dan mengambil tempat masing-masing. Semua peserta diberikan taklimat tentang komunikasi berkesan
dalam berpersatuan. Petugas memberikan contoh terbaik dalam berkomunikasi supaya dapat membentuk persatuan yang harmoni dan saling menghormati. Tambahan, taklimat advokasi turut dijalankan. Sesi Q&A dijalankan.