Tarikh  17 Julai 2024
 Masa :

10.00 Pagi - 12.00Tengahari 

 Peserta : 5 Orang
 Lokasi : NADI Felda Palong  5 

 

Tujuan:-

Memberikan pencerahan tentang cara untuk mendaftar perbankan atas talian. Selain itu, ianya membantu mereka  bagi memudahkan urusan perniagaan merekaPeserta sangat teruja dan mendaftar maklumat peribadi sendiri. Tambahan, memudahkan mereka untuk memantau keluar masuk kewangan mereka dengan mudah.

Aktiviti:- 

      • Peserta hadir dan petugas memberikan penerangan tentang cara membuka akaun perbankan atas talian. Selain itu, peserta diberikan penerangan tentang kepada semua bagaimana untuk membuka dibahagian pindahan wang di akaun lain, medaftar secure2u serta memuat turun penyata kewangan. Tambahan, petugas juga menagmbil peluang untuk memberi  sedikit taklimat KDB. Sesi Q&A dijalankan.
      • Gambar
Tarikh  13 Julai 2024
 Masa :

 10.00 Pagi - 11.30 Pagi

 Peserta :  5 Orang
 Lokasi :  NADI Felda Palong 5

 

Tujuan:-

Membuat permohonan bicara kuasa dengan melayari internet dengan mudah dan mahir menggunakan komputer dengan sendiri. Selain itu, petugas juga memberikan pencerahan tentang cara untuk mengisi maklumat atau data secara atas talian dengan mudah melalui laman web https://www.myetapp.gov.my/. Tambahan, mereka akan mahir dan celik IT seterusnya memudahkan urusan mereka.

Aktiviti:- 

    • Peserta hadir dan mengambil tempat masing-masing. Peserta diberikan penerangan tentang cara mengisi maklumat atau data peribadi secara atas talian. Petugas juga mengingatkan untuk mengisi di pautan yang betul sebelum mengisi maklumat peribadi. Peserta mengisi maklumat dengan melayari pautan https://www.myetapp.gov.my/.  Sesi Q&A dijalankan.
    • Gambar
Tarikh 21 Jun 2024
 Masa :

2.30 Petang - 5.00 Petang

 Peserta : 35 Orang
 Lokasi : NaDi Felda Palong 5

 

Tujuan:-

Tujuan kelas Komuniti E-Read English Corner diadakan adalah untuk menyediakan platform pembelajaran bahasa Inggeris kepada komuniti bagi meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris, meningkatkan keyakinan diri dimana membantu peserta untuk merasa lebih yakin menggunakan bahasa Inggeris dalam situasi harian, sama ada untuk tujuan peribadi atau profesional. Tambahan,dengan adanya program seperti ini, ianya membantu untuk memperkasakan individu dan komuniti dengan kemahiran bahasa Inggeris yang lebih baik.

Aktiviti:-

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Program Komuniti E-Read English Corner ialah kuiz atas talian di Games to Learn English dalam kategori dewasa dan kanak-kanak. Tambahan pula, kuiz Word Search dan Spelling Bee turut dijalankan sepanjang Program Komuniti E-Read English Corner. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja membantu peserta meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris mereka, tetapi juga menambah elemen keseronokan dalam pembelajaran. Penyampaian hadiah juga diadakan untuk menghargai usaha dan pencapaian para peserta.

Tarikh 4 Julai 2024
 Masa :

3.00PM - 5.00PM

 Peserta : 4 Orang
 Lokasi : NADI Felda Palong  5 

 

Tujuan:-

Tujuan kelas ini dijalankan adalah memberikan pendedahan tentang cara untuk mengisi data peribadi untuk SSM secara atas talian. Ianya juga membantu memudahkan urusan peserta dalam mengisi data peribadi bagi kemasukkan data untuk pendaftaran lesen perniagaan. Tambahan, petugas memberikan pendedahan tentang cara untuk memperbaharui SSM masing-masing.

Aktiviti:- 

  • Semua peserta hadir dan petugas tentang cara untuk mengisi maklumat secara atas talian.  Selain itu, semua peserta membuka ebizz.ssm.com.my. Semua peserta sangat teruja dan memberikan kerjasama yang sangat baik. Peserta memberikan taklimat lengkap tentang bagaimana untuk memperbaharui SSM masing-masing. Selain itu, petugas juga memberikan taklimat KDB kepada peserta.
Tarikh  15 Jun 2024
 Masa :

 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

 Peserta :  5 Orang
 Lokasi : NADI Felda Palong 5

 

Aktiviti:-

Kelas ini dihadiri oleh 5 orang peserta usahawan Felda Palong 4,5,6. Kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pencerahan dan pengenalan tentang tentang cara untuk membuat invois atau sebut harga kepada pembeli. Semua peserta dibantu oleh petugas tentang cara untuk memasukkan logo syarikat masing-masing, cara memasukkan barangan produk dan sebagainya.

Aktiviti:- 

  • Semua peserta hadir dan petugas memberikan pencerahan tentang cara untuk membuat sebut harga yang menarik dan mengikut citarasa masing-masing. Petugas juga meberikan pencerahan tentang bagaimana memasukkan logo syarikat masing-masing ke dalam invois tersebut. Tambahan itu, petugas juga mengambil peluang untuk memberi  sedikit taklimat KDB kepada semua yang hadir.Sesi Q&A dijalankan.