Tarikh 10 Jun 2024
 Masa :

10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

 Peserta : 5 Orang
 Lokasi : NaDi Felda Palong 5

Tujuan:-

Kelas ini dihadiri 6 orang yang merupakan belia dan lepasan sekolah. Peserta diajar tentang cara membuat resume terkini, padat dan lengkap. Semua peserta membuat resume masing-masing dengan bantuan petugas. Tambahan, semua peserta diberikan kerjasama yang sangat baik semasa kelas berlangsung.

Aktiviti:-

Semua peserta hadir dan petugas membuka pautan zoom kelas kepada peserta. Tenaga pengajar memberikan penerangan tentang cara membuat resume terkini dan mencari peluang pekerjaan serta membuat resume terkini. Seterusnya, semua peserta diberikan maklumat tentang penggunaan kotak dan bentuk. Selain itu, mereka juga diajar tentang penggunaan warna yang betul dan tulisan yang jelas serta ayat yang tersusun.Sesi Q&A dijalankan.

Gambar

Tarikh  4 Jun 2024
 Masa :

3.00Petang - 5.00Petang

 Peserta : 11 Orang
 Lokasi : NADI Felda Palong  5 

 

Tujuan:-

  • Peserta dibantu untuk membuat carian yang betul di aplikasi Google. Peserta diberi penerangan berkaitan STEM dan IOT. Tambahan, peserta dibantu untuk memilih Permainan STEM dan diberi masa untuk menguji minda dengan permainan STEM tersebut.

Aktiviti:-

  • Peserta diberi penerangan berkaitan STEM dan IoT serta menunjukkan contoh yang berkaitan. Peserta dibantu untuk memilih permainan yang bersesuaian berkaitan dengan STEM untuk meningkatkan kefahaman berkaitan tajuk yang dibentangkan oleh petugas. Peserta bermain kuiz Stem di Home | Engineering.com.
  • Gambar
Tarikh 15 Mei 2024
 Masa :

10.00 Pagi - 12.00 Tengahari 

 Peserta : 9 Orang
 Lokasi : NADI Felda Palong  5 

Tujuan:-

Menerangkan tentang kesan teknologi IOT dalam kehidupan seharian. Pelajar turut diberi kuiz untuk menguji kefahaman berkenaan IOT.

Aktiviti:-

      • Pelajar dapat ilmu baharu berkenaan sistem. Peserta dapat mengetahui bahawa kewujudan aplikasi yang berkaitan system IOT dan peserta dapat mendalami dan menghayati tentang ilmu IOT yang sebelum ini tidak diketahui.
      • Gambar
Tarikh 21 Mei 2024
 Masa :

3.00Petang - 5.00Petang

 Peserta : 11 Orang
 Lokasi : NADI Felda Palong  5 

 

Tujuan:-

Memberikan penerangan tentang apakah itu AI dan kelebihan AI untuk masyarakat. Peserta juga diberikan pendedahan tentang masa depan dengan perkembangan AI di masa akan datang. Tambahan, semua peserta diberikan contoh-contoh terdekat dengan penggunaan media sosial masa kini.

Aktiviti:-

      • Semua peserta hadir dan petugas memberikan taklimat dan pencerahan tentang AI dan semua peserta menjawab soalan-soalan yang disediakan di sistem AI. Tambahan, semua peserta sangat memberikan kerjasama yang sangat baik semasa kelas berlangsung.
      • Gambar
Tarikh  9 Mei 2024
 Masa :

 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

 Peserta :  15 Orang
 Lokasi :  NADI Felda Palong 5

Tujuan:-

Kelas ini dihadiri oleh 15 orang peserta dari kalangan wanita dewasa. Semua peserta mengisi pendaftaran di laman web https://idme.moe.gov.my/. Semua peserta mengisi pendaftaran Tahun 1 dan pra sekolah secara atas talian. Kelas ini membantu warga wanita untuk menjadikan mereka celik IT dan mahir menggunakan komputer.

Aktiviti:-

Petugas memberikan penerangan kepada peserta dengan membuka laman wen https://idme.moe.gov.my/. Petugas memberikan penerangan kepada peserta berkenaan cara mengisi maklumat, membuat pendaftaran baru dan mengisi maklumat imunisasi anak masing-masing. Peserta sagat teruja semasa mengisi maklumat tersebut.

Gambar