Cik Aqlili merupakan anak peneroka Felda Palong 4. Beliau seorang yang sangat ceria, peramah dan suka membantu orang yang memerlukan. Beliau sangat minat didalam perniagaan dimana beliau mewarisi keluarganya berniaga. Kini, beliau sudah menjual pelbagai baju dari kanak-kanak hingga dewasa dan mempunyai pelbagai fesyen dan saiz. Beliau kini sangat berpuas hati dengan hasil yang diperolehinya kini.

 

Puan Sakdiah merupakan anak generasi kedua Felda Palong 6, Beliau mempunyai 2 orang cahaya mata dan baru menetap disini sejak 3 tahun yang lalu. Memiliki kerjaya sebagai Jururawat di luar negara dan telah berpengalaman lebih dari 10 tahun, beliau kini nekad untuk pulang di kampung dan menjalankan perniagaan dengan bersama-sama suaminya mengusahakan lebih 2 ekar tanaman cili api. Selain itu, Puan Sakdiah juga turut memulakan perniagaan beliau dengan menjual aneka makanan seperti kek marble, brownies dan aneka talam.

 

Omeh Fresh Fruits diusahakan oleh Puan Nor Hidayah dimana mereka merupakan generasi Felda Palong 5. Beliau mempunyai 2 cahaya mata dan telah menjalankan perniagaan menjual buah-buahan selama 2 tahun. Beliau menjalankan perniagaannya berdekatan dengan Sekolah Rendah Palong 5 dimana mendapat sambutan yang memberansangkan oleh komuniti sekitar memandangkan tempat tersebut merupakan jalan utama. Pelbagai jenis buah-buahan segar boleh didapati di Omeh Fresh Fruits.

 

Puan Lizawati merupakan anak generasi kedua Felda Palong 6. Beliau merupakan pengusaha sekolah lesen memandu di sekitar kawasan Palong. Dimusim pendemik ini, pendapatan beliau terjejas dan sekolah memandu tidak boleh dibuka. Justeru, beliau mengambil langkah untuk berniaga dengan menjual produk atau barangan dari negara China. Pelbagai produk antaranya berasaskan solar seperti lampu hiasan halaman rumah, lampu raya, loceng dan sebagainya. Kini, beliau sangat gembira dengan hasil pendapatannya.

 

Puan Asmira merupakan anak generasi kedua Felda Palong 4.Beliau sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Beliau sangat minat terhadap perniagaan dan telah menjadi agen menjual aneka roti dengan hanya RM1 sahaja. Kini, roti viral ini telah menjadi tumpuan warga komuniti Palong 4,5,6 dengan rotinya itu.