Puan Sakdiah dn suaminya merupakan anak jati Felda Palong 6. Mempunyai kerjaya masing-masing dan pernah berpengalaman menjadi seorang Jururawat di luar negara beberapa tahun, kini beliau nekad untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan tanaman cili fertigrasi bersama-sama suaminya yang juga baru berpencen dari sektor kerajaan. Dengan itu, beliau memulakan perniagaan tanaman cili fertigrasi dengan bersungguh-sungguh. Kini, beliau telah berdaftar di Jabatan Pertanian dan hasil tanamannya mendapat permintaan yang tinggi setiap minggu.

 

Puan Meriyam merupakan anak generasi kedua Felda Palong 5. Beliau seorang yang sangat positif dan murah dengan senyuman. Oleh kerana minat kepada berniaga dan berniat mahu menampung keluarga,beliau nekad untuk berniaga dan menjadi seorang usahawan yang berjaya. Kini buat Meriyam sangat berpuas hati dengan hasil menjadi seorang penghantar makanan kini beliau mampu membuka kedainya sendiri dengan menjual aneka barangan keperluan dan kecantikan.

 

Puan Amy merupakan generasi kedua Felda Palong 6. Beliau sudah berumahtangga dan mempunyai seorang cahaya mata. Selain itu, beliau juga seorang yang sangat peramah dan suka mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan komuniti Felda Palong. Beliau juga sangat minat terhadap perniagaan dan suka mencuba sesuatu yang baru. Beliau juga bermula dengan bekerja di beberapa tempat untuk mengambil pengalaman dan dari pengalaman tersebut beliau mula membuka kedai menjual jus buah-buahan segar serta makanan sampingan yang lain. Kini, kedai beliau menjadi semakin maju dan beliau sangat berouas hati dengan hasil yang diperolehinya kini.

 

Puan Mariati Dan Encik Mahathir merupakan anak generasi kedua Felda Palong 5. Beliau mempunyai 7 orang cahaya mata dan mula berniaga sejak 7 tahun lalu dengan menjalankan pelbagai jenis perniagaan. Beliau juga pernah gagal dalam perniagaannya dan bermula pada tiga tahun yang lalu, beliau telah membuka sebuah kedai pendawaian elektrik di sekitar Palong 4,5,6. Kini, beliau sangat selesa menjalankan perniagaannya disini kerana kedainya menjadi tumpuan komuniti sekitar Palong 4,5,6 dan pemborong barangan pendawaian elektrik.

Puan Ayu  merupakan anak generasi kedua Felda Palong 4. Beliau mempunyai 1 orang cahaya mata dan mula berniaga sejak 7 tahun lalu secara atas talian. Bermula pada setahun yang lalu, beliau telah membuka kedai sejak 4 bulan yang lalu. Selain itu, beliau juga telah menjadi pengasas kepada cadar candy. Beliau sangat positif dan fokus didalam perniagaan yang telah diceburi. Kini, kedai beliau menjadi pilihan komuniti disekitar Palong 4,5,6.