Puan Ain merupakan anak generasi kedua Felda Palong 5. Beliau mempunyai 3 orang cahaya mata dan menjalankan perniagaan barangan kosmetik sejak 3 tahun yang lalu. Beliau pada asalnya membuka perniagaan kedai makanan sarapan pagi dan tengah hari. Beliau juga seorang yang sangat peramah dan rajin. Oleh kerana minat terhadap kecantikan, beliau telah membuka kedai menjual barangan kecantikan dan sebagainya. Beliau juga telah dikenali ramai dan mendapat sambutan yang memberansangkan.

Puan Mardiyani merupakan anak generasi kedua Felda Palong 5. Beliau seorang yang sangat pemurah dengan senyuman dan sangat peramah. Selain itu, beliau juga minat terhadap perniagaan dan mempunyai kemahiran menjahit pakaian lelaki dan perempuan. Bermula dengan menjahit di rumah, beliau juga mengikuti kelas di Bengkel Kemas bagi mendalami tentang jahitan dan terus mengambil Sijil Kemahiran Tinggi (SKM). Beliau sangat bersemangat dan positif dalam perniagaanya. Kini, beliau sudah membuka sebuah kedai hasil titik peluhnya dan berasa sangat gembira dengan hasil yang diperolehnya.

 

Gerobok Online Kak Syra ini adalah facebook pages bagi Puan Syira yang sangat aktif berniaga atas talian. Beliau merupakan akan peneroka Felda Palong 5. Minat terhadap perniagaan, beliau menceburi bidang perniagaan menerusi medium media sosial seperti faceboo, instagram dan lain-lain. Puan Syra bermula dengan mempromosi dengan mengambil tempahan jahitan baju, barut dan sebagainya. Kini, beliau juga telah mengembangkan perniagaannya dengan menjadi dropship menjual kain pasang. Kini, beliau lebih bersemangat dan fokus kerana mendapat kepercayaan penduduk setempat.

 

Puan Diana merupakan anak generasi Felda Palong 5. Oleh kerana minat terhadap perniagaan beliau telah mengeluarkan produknya sendiri iaitu minuman kesihatan jus detox untuk pelbagai khasiat dalaman. Selain itu, beliau juga telah mengeluarkan produk keduanya iaitu scrub untuk kegunaan luaran dengan pelbagai fungsi dan kegunaannya. Beliau sangat konsisten dan sering mempromosikan produk jualannya di sekitar Negeri Sembilan. Beliau juga telah mempunyai 6 orang agen jualan produknya.

 

Perniagaan ini diketuai oleh Cik Ain Zuraidah Binti Ismail. Beliau memulakan pernigaan pada Bulan 1 Tahun 2020 secara kecil-kecilan dirumahnya. Beliau juga merupakan anak peneroka Felda Palong 5 dan kini beliau nekad untuk berniaga dan terus menetap di Felda Palong 5. Beliau juga menyediakan perkhidmatan dari rumah ke rumah.