Puan Eina merupakan pembantu pengurusan murid dan minat terhadap berniaga. Beliau telah memilih untuk menjadi agen Sabella dan mendapat sambutan yang memberansangkan dimana semua warga guru-guru dan komuniti setempat berminat untuk membeli baju daripadanya. Memandangkan kualiti kain dan corak yang menarik membuatkan perniagaan beliau menjadi semakin berkesan.

 

 

Puan Zaidi merupakan anak generasi Felda Palong 6 dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Berniaga merupakan punca pendapatan beliau sekeluarga dan merasa terjejas sepanjang tempoh perlaksanaan PKP ini. Beliau menjual aneka jenis apam balik olahan dari beliau sendiri dan mengikut citarasa pelanggan. Beliau juga berniaga di tapak-tapak pasar tani dan sebagainya. Kini, beliau berniaga dengan lebih fokus kepada penghantaran makanan dari rumah ke rumah dan telah mendapat sambutan yang memberansangkan. 

 

 

Puan Azieqa atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Azie merupakan anak generasi Felda Palong 4. Mengikut jejak ibu dan ayahnya beliau telah membuka kedai dengan menjual serbaneka seperti makanan sejuk beku, makanan ringan, baragan keperluan rumah dan sebagainya. Kini, Kak Azie sangat berpuas hati dengan hasil yang diperolehinya kini kerana mendapat sambutan yang sangat memberansangkan.

 

Puan Anis merupakan generasi kedua di Felda Palong 5. Beliau menjaga ibunya di Felda Palong 5 dan mengisi masa lapangnya dengan mengambil upah menjahit kecil-kecil bagi membantu pendapatan suaminya. Oleh kerana minatnya kepada jahitan, beliau membuka kedai dihadapan rumahnya dan terus mengambil keputusan untuk menjahit sepenuh masa. Kini, beliau sudah mula diminati dan menarik nafas lega dengan pendapatan yang diperolehinya kini.

 

Ieywan merupakan anak generasi kedua Felda Palong 6. Beliau menjual makanan ini sejak 4 tahun yang lalu. Minat terhadap perniagaan, beliau menjual aneka makanan segera dan mendapat sambutan yang memberansangkan di sekitar kawasan Palong 4,5,6.