Encik Mohd Hashahri atau lebih dikenali sebagai Mat Lee merupakan seorang usahawan di Felda Palong 5. Beliau merupakan anak generasi Felda Palong 5 dan menetap bersama isteri dan anaknya disini. Beliau menjalankan perniagaan pengangkutan dimana beliau menyediakan perkhidmatan lori dan van untuk disewa dan menjalankan perniagaan perkhidmatan menjual barangan lauk basah dan kering di sekitar Felda Palong 4,5,6. 

Puan Aisyah merupakan seorang usahawan emas. Beliau sudah mempunyai kedai utama HH Jewels di Bahau dan telah membuka cawangannya di Pusat Bandar Palong 4,5,6. Kedai tersebut telah beroperasi 5 hingga 8 bulan lalu dan kedai disini hanya membeli emas terpakai dan telah mendapat sambutan yang memberansangkan. 

 

Puan Erma Suraini merupakan anak generasi Felda Palong 3. Beliau juga merupakan usahawan dan menetap di Felda Palong 4,5,6. Beliau juga mempunyai butik andaman, membuat katering aneka masakan dan menjadi agen travel didalam dan lauar negara. Beliau sangat minat berniaga dan mengambil peluang yang ada atas permintaan orang ramai.

Perniagaan ini diusahawan oleh Puan Akma dan suaminya yang merupakan anak peneroka Felda palong 5. Memilih sebagai berniaga, beliau telah membuka kedai di hadapan rumah ibu dan ayahnya yang merupakan peneroka Felda Palong 5. Minat terhadap masakan, beliau yang dahulu nya berniaga di Seremban kini mula berpindah di Felda Palong dan membuka perniagaannya disini. Selain itu, pelbagai menu masakan panas dan air yang disediakan.

Puan Baizura merupakan anak peneroka Palong 6 dan beliau berniaga secara kecil-kecilan dengan menjalankan perniagaan pakaian kanak-kanak dan kini beliau mengusahakan nursery yang bertapak di hadapan rumahnya. Beliau merupakan seorang yang gigih berusaha dan telah mendapat permintaan yang tinggi serta perniagaannya telah meluas kerana pokok tanamannya mendapat sambutan yang tinggi oleh penduduk sekitar.