Cik Ema atau lebih dikenali sebagai Fatimah adalah anak generasi Felda Palong 5. Setelah habis tamat pengajian siswazah, beliau memulakan perniagaannya dengan menjual coklat yang merupakan makanan kegemarannya. Beliau menjual aneka jenis coklat Beryls dan mendapat sambutan yang memberansangkan memandangkan coklat yang dijualnya mendapat harga yang lebih murah berbanding harga pasaran masa kini. Tambahan, beliau juga bekerja di kedai perabot dan juga menjadi jurujual pelbagai barangan perabot. Beliau sangat berpuas hati dengan hasil yang diperolehnya.