Puan Nora adalah pemilik kepada D'Atthiya Selera Kampung & Western. Beliau mengusahakan bersama suaminya dan kedua-duanya merupakan anak peneroka Felda Palong 5 & 6. Beliau telah menceburi pelbagai jenis perniagaan sebelum ini dan memilih perniagaan masakan panas masa KINI. Pelbagai menu masakan yang disediakan dari sarapan pagi hinggalah masakan barat malam. Beliau mendapat sambutan yang memberansangkan memandangkan beliau ramai yang dikenali dan menghidangkan masakan yang menarik. 

 

NK Empire Enterprise diusahakan oleh Puan Noridah Binti Kahar dimana beliau merupakan anak generasi Felda Palong 4. Pada awalnya, beliau menjalankan perniagaan agen emas dan telah mendapat sambutan yang sangat memberansangkan dan kini, beliau telah membuka NK Empire Enterprise dengan menjual pelbagai barangan keperluan rdan hiasan rumah. Perusahaan beliau selama 2 tahun ini bersama rakan kongsinya Haliza dan mendapat sambutan yang memberansangkan.

Puan Dayang Melati Binti Salleh atau lebih dikenali dengan panggilan Dayang merupakan anak generasi kedua Felda Palong 5. Beliau menetap di Seremban dan bekerja di salah sebuah kilang swasta selama 10 tahun. Beliau membuat keputusan untuk berhenti dan menjaga ibunya di kampung dan menetap terus di Felda Palong 5. Selain itu, beliau juga minat terhadap perniagaan dimana beliau bermula dengan menjadi agen dan dropship pakaian muslimah. Kini, beliau mengorak langkah dengan membuka kedai di hadapan rumahnya yang berdekatan di tanah perkuburan Felda Palong 5 yang bersesuaian dengan nama kedainya. Pelbagai menu yang di sediakan antaranya takoyaki, ayam gunting, boba dan sebagainya.

 

Cadar Chantik ini telah ditubuhkan sejak 5 tahun lalu dan diketuai oleh Puan Anisya. Beliau adalah seorang anak muda yang sangat meminati dunia perniagaan yang diwarisi oleh keluarganya. Beliau juga amat suka dengan pelbagai variasi dan corak pada cadar, karpet dan sebagainya. Kini, beliau telah berjaya membuka kedai dan mendapat sambutan yang amat memberansangkan.

Puan Mala Alim merupakan anak generasi kedua Palong 6. Beliau sudah berumahtangga dan mempunyai 5 orang anak. Disamping itu, beliau juga berkemahiran dalam bidang urutan tradisional dan telah membuka spa bagi urutan-urutan tradisional dan sebagainya.Pelbagai servis yang dijalankan berkaitan dengan urutan dan kini, spa beliau menjadi tumpuan komuniti Palong 4,5,6 dan sekitarnya kerana tiada persaingan perniagaan. Beliau juga bercadang untuk membuka cawangan dan maju dalam bidang yang diceburinya.