Nama     Muhammad Ammar Syahid Bin Muzi 
Umur   22 Tahun
 Ahli 2019

 

Latar belakang

Syahid merupakan seorang anak peneroka Palong 5. Beliau seorang yang periang dan murah dengan senyuman. Beliau merupakan seorang penyayi ‘frelance’. Beliau sering berkunjung di PEDi Palong 5 untuk menguruskan kerja-kerjanya yang memerlukan internet. Selain itu, beliau juga sangat rajin dan komited semasa mengikuti kelas ICT. Semangat yang ditunjukkan untuk belajar ICT telah membuatkan beliau mengikuti kelas yang dianjurkan di PEDi.

 

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada awalnya, Syahid kurang mahir menggunakan komputer. Beliau sangat berminat untuk menyertai semua kelas ICT yang diadakan.

Justeru itu, beliau sangat terkesan dan buntu kerana dia kurang mahir menggunakan komputer dan melayari internet. Beliau juga sering berkunjung ke PEDi Palong 5 dan meminta bantuan daripada petugas untuk mengajar beliau cara-cara menggunakan komputer dan melayari internet. Beliau juga seorang yang ingin belajar dan mudah faham.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi Palong 5, beliau sudah mula faham dan boleh melakukan kerja-kerjanya sendiri. Kini, beliau juga sudah boleh melayari internet untuk  membantu menghantar email dan membuat transaksi melalui internet. Semua itu beliau sudah boleh melakukan sendiri tanpa meminta bantuan dari petugas lagi.

Disamping itu, Syahid telah mahir untuk menggunakan email bagi urusan rasmi. Beliau juga telah mahir untuk membuat poster berkenaan pertunjukan nyanyiannya.

Syahid seorang yang sangat agresif dari segi kemjuan pendidikan dan keusahawanan. Hal ini adalah kerana beliau sangat gemar bertanya berkenaan kemahiran ICT di PEDi Palong 5.

Selain itu, Kerja-kerjanya juga sudah teratur dan semua kerjanya tidak menggunakan tulisan tangan lagi. Beliau sangat gembira dan berterima kasih kepada petugas PEDi kerana memberi tunjuk ajar kepadanya. Kini beliau sudah membuat laporan kewangan dan kertas kerjanya secara formal dan teratur.

 

 

Usahawan Kuih Muih Sejuk Beku

Nama     Sarulhilmi Binti Saripudin 
Umur   43 Tahun
 Ahli 2019

 

Latar belakang

Pn.Sarulhilmi lebih dikenali dengan nama Kak Mimi merupakan seorang anak peneroka Palong 5. Beliau seorang yang periang dan murah dengan senyuman. Beliau merupakan seorang usahawan yg membuat dan menjual kuih-muih sejuk beku. Beliau sering berkunjung di PEDi Palong 5 untuk menguruskan kerja-kerjanya yang memerlukan internet. Selain itu, beliau juga sangat rajin dan komited semasa mengikuti kelas ICT. Semangat yang ditunjukkan untuk belajar ICT telah membuatkan beliau mengikuti kelas yang dianjurkan di PEDi.

 

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada awalnya, Pn.Mimi kurang mahir menggunakan komputer. Beliau sangat berminat untuk menyertai semua kelas ICT yang diadakan.

Justeru itu, beliau sangat terkesan dan buntu kerana dia kurang mahir menggunakan komputer dan melayari internet. Beliau juga sering berkunjung ke PEDi Palong 5 dan meminta bantuan daripada petugas untuk mengajar beliau cara-cara menggunakan komputer dan melayari internet. Beliau juga seorang yang ingin belajar dan mudah faham.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi Palong 5, beliau sudah mula faham dan boleh melakukan kerja-kerjanya sendiri. Kini, beliau juga sudah boleh melayari internet untuk  membantu menghantar email dan membuat transaksi melalui internet. Semua itu beliau sudah boleh melakukan sendiri tanpa meminta bantuan dari petugas lagi.

Selain itu, selepas mengikuti kelas ICT, beliau sudah boleh membuat ‘design’ sticker untuk diletakkan pada plastik bungkusan kuih-muih yang akan dipasarkan. Disamping itu, beliau juga merupakan peminjam AIM dan telah menguruskan rekod kewangan AIM nya menggunakan Microsoft Excel.

Disamping itu, Pn. Mimi telah mahir untuk menggunakan email bagi urusan rasmi. Beliau juga kerap datang ke PEDi untuk membuat iklan di media sosial. Hasil daripada mengikuti kelas keusahawan telah membuatkan beliau lebih yakin dalam membuat ayat ‘çopywritting’ di iklannya. Seorang yang sangat agresif dari segi kemjuan pendidikan dan keusahawanan. Hal ini adalah kerana beliau sangat gemar bertanya berkenaan kemahiran ICT di PEDi Palong 5.

Selain itu, Kerja-kerjanya juga sudah teratur dan semua kerjanya tidak menggunakan tulisan tangan lagi. Beliau sangat gembira dan berterima kasih kepada petugas PEDi kerana memberi tunjuk ajar kepadanya. Kini beliau sudah membuat laporan kewangan dan kertas kerjanya secara formal dan teratur.

 

 

Celik IT :-

Nama  : Suriyati Bte Manap   
 Umur:  : 41 Tahun
 Ahli  :  2014

 

Latar belakang:-

Puan Suriyati merupakan petugas Pengerusi GPW Palong 6. Beliau seorang yang periang dan murah dengan senyuman. Beliau bekerja sebagai tenaga pengajar Literasi Palong 5. Beliau sering berkunjung di Pi Palong 5 untuk menguruskan kerja-kerjanya yang memerlukan internet. Selain itu, beliau juga sangat rajin dan komited semasa menjalankan tugasannya sebagai pengerusi untuk membuat laporan dan tugasan bulanannya.. Semangat yang ditunjukkan dan komited didalam menjalankan tugas membuatkan beliau kelihatan seorang yang sangat disiplin dan tegas menjalankan tugas.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI:-

Pada awalnya, Puan Suriyati kurang mahir menggunakan komputer waktu Ianya membuatkan kerjanya untuk membuat laporan bulanannya. Selain itu, kerja-kerjanya hampir 90% semua memerlukan penggunaan komputer dalam membuat jadual, laporan bulanan pelajar. Beliau juga perlu menggunakan internet seperti membuat penghantaran email untuk dihantar kepada Felda HQ.

Justeru itu, beliau sangat terkesan dan buntu kerana dia kurang mahir menggunakan komputer dan melayari internet. Beliau juga sering berkunjung ke Pi Palong 5 dan meminta bantuan daripada petugas untuk mengajar beliau cara-cara menggunakan komputer dan melayari internet.Beliau juga seorang yang ingin belajar dan mudah faham.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI:-

Selepas mengikuti kelas ICT di PI Internet Palong 5, beliau sudah mula faham dan boleh melakukan kerja-kerjanya sendiri. Kini, beliau juga sudah boleh melayari internet untuk  membantu menghantar email dan membuat transaksi melalui internet. Semua itu beliau sudah boleh melakukan sendiri tanpa meminta bantuan dari petugas lagi.

Disamping itu, Puan Suriyati telah mahir membuat laporan kewangan bulanan. Beliau juga telah mahir untuk membuat minit mesyuarat bagi persatuannya.

Puan Suriyati seorang yang sangat agresif dari segi kemjuan pendidikan dan keusahawanan. Hal ini adalah kerana beliau sangat gemar bertanya berkenaan kemahiran ICT di Pi Palong 5.

Selain itu, Kerja-kerjanya juga sudah teratur dan semua kerjanya tidak menggunakan tulisan tangan lagi. Beliau sangat gembira dan berterima kasih kepada petugas Pusat Internet kerana memberi tunjuk ajar kepadanya. Kini beliau sudah membuat laporan harian dan bulanan pelajar menggunakan komputer dan hasilnya sangat mudah dan teratur.

Usahawan Online Ozel Jewellery

 Nama     Nur Hidayah Binti Mohd Saleh   
Umur   34 Tahun
 Ahli 2017 

 

Latar belakang

Puan Hidayah merupakan anak peneroka Felda Palong 6.Beliau juga merupakan ibu kepada 3 org cahaya mata. Selain itu, beliau juga seorang yang sangat rajin dan peramah serta murah dengan senyuman. Kini, beliau juga merupakan pelajar Open University peringkat Ijazah. Seorang yang sangat rajin mengikuti aktiviti-aktiviti yang diadakan sekitar Palong 4,5, & 6.

 

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:

Pada awalnya Puan Hidayah sering berkunjung ke PEDi Palong 5 hanya untuk mencetak dokumen-dokumen pembelajarannya sahaja dan berniaga kecil-kecilan secara ‘offline’ sahaja. Selain itu, Puan Hidayah juga mula mengikuti kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan PEDi Palong 5. Ternyata Puan Hidayah sangat teruja dan terus mengikuti kelas keusahawanan yang dijalankan.

 Selain itu, Puan Hidayah menjual makanan ringannya dengan hanya menumpang di kedai-kedai runcit sekitar Palong 5 sahaja. Perniagaan keronsang berjenamanya pula hanya dibawa untuk jualan sekiranya terdapat tumpuan ramai org sahaja dengan membuat jualan secara ‘direct sale’.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mengikuti kelas keusahawanan yang dijalankan di PEDi Palong 5, beliau telah nampak perubahan dalam perniagaannya. Beliau telah mengembangkan pernigaaannya melalui media sosial dengan mempromosikan produknya secara meluas. Ternyata ramai pelanggan yang berminat dan Puan Hidayah tersenyum dengan keuntungan yang diperolehnya pada setiap bulan. Walaupun hanya menjadi agen jualan sahaja, beliau amat bersyukur dengan hasil jualan yang diperolehinya dan dapat membantu pendapatan keluarganya.

Selain itu, Puan Hidayah  juga boleh menarik nafas lega dengan pendapatan yang diperolehnya kini amat memberansangkan.

 

Keusahawanan 

Nama  : Rosmizah Binti Muhamad    
 Umur:  : 33 Tahun
 Ahli  :  2017

 

Latar Belakang:-

Puan Rosmiza atau lebih dikenali sebagai Miza berumur 33 tahun. Beliau merupakan seorang belia yang aktif dalam berniaga berkenaan produk kecantikan jenama Mary Kay. Dalam bidang ini, beliau telah memegang jawatan sebagai SSD. Beliau seorang yang sangat aktif berpersatuan dan melakukan aktiviti kemasyarakatan. Beliau memiliki 5 orang anak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI:-

Pada awalnya, Puan Miza tidak mahir menggunakan komputer dan melakukan kerja-kerjanya dengan menggunakan tulisan tangan sahaja. Ianya membuatkan kerjanya menjadi lambat dan tidak teratur dengan hasil tulisan tangannya itu.Selain itu,kerja-kerjanya hamper 90% semua memerlukan penggunaan komputer untuk kerja seperti membuat jadual kelas kecantikan, membuat tempahan produk atas talian dan lain-lain.

Selain itu, beliau juga mempunyai masalah dalam membuat kelas kecantikan kerana kurang peralatan komputer untuk memberi penerangan berkenaan pembentangan kecantikan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI:-

Sejurus selepas beliau menjadi ahli Pusat Internet Palong 5, beliau sangat aktif menghadiri kelas yang diadakan. Beliau juga telah menjadi ahli netbook di Pusat Internet Palong 5. Dengan bantuan pinjaman netbook, beliau mudah dalam membuat kerja harian. Di awal kelas, beliau diajar mengenal elemen-elemen komputer, asas komputer, asas penggunaan komputer dan sehinggalah kelas lanjutan komputer. Sehingga kini, Puan Miza telah pun mahir dalam penggunaan Microsoft Office seperti aplikasi MS Word, Ms Excel. Selain itu, dengan keberkatan kelas yang diikuti, Puan Suryati telah tapat meningkatkan ilmu masakan beliau dengan mengakses cara-cara membuat laporan kewangan daripada laman youtube.

Selain itu, Kerja-kerjanya juga sudah teratur dan semua kerjanya tidak menggunakan tulisan tangan lagi. Beliau sangat gembira dan berterima kasih kepada petugas Pusat Internet kerana memberi tunjuk ajar kepadanya. Kini beliau sudah membuat laporan harian dan bulanan pelajar menggunakan komputer dan hasilnya sangat mudah dan teratur.