Usahawa Makanan & Tudung Bawal

Nama     Norizan Bt Rosly 
Umur  36 Tahun
 Ahli 2018

 

Latar belakang:-

Pn.Norizan merupakan generasi kedua Felda Palong 4. Beliau serorang yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Selain itu, beliau sangat aktif dengan aktiviti PEDi dan merupaka salah seorang squad volunteer. Beliau mahir menggunakan peralatan KOSPEN yang disediakan di PEDi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Pada awalnya, Pn.Norizan tidak mahir untuk menggunakan internet dan komputer. Beliau hanya tumpu kepada aktiviti kemasyarakatan. Segala aktiviti jualan, beliau hanya jalankan secara tradisional dan pengiklanan secara manual sahaja.

Justeru itu, beliau sangat terkesan dan buntu kerana dia kurang mahir menggunakan komputer dan kurang arif untuk melayari internet. Beliau juga sering berkunjung ke PEDi Palong 5 dan meminta bantuan daripada petugas untuk mengajar beliau cara-cara menggunakan membuat pemasaran menggunakan media sosial. Beliau aktif bertanya kepada petugas PEDi berkenaan ICT dan berkenaan perniagaan atas taliannya.

Selain itu, beliau juga tidak mempunyai akaun email dan tidak tahu menggunakan aplikasi berkenaan. Ini turut menjadi masalah kepada beliau kerana kebanyakkan pelanggan meminta beliau email sebut harga dan katalog digital. Perkara ini amat memberi masalah kepadanya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi Palong 5, beliau sudah mula faham dan boleh melakukan kerja-kerjanya sendiri. Kini, beliau juga sudah boleh melayari internet sendiri . Selain itu, beliau juga sangat gembira kerana sudah pandai membuka aplikasi whatsapp web menggunakan komputer.

Selain itu, selepas mengikuti kelas ICT, beliau juga telah mempelajari cara membuka akaun email, menghantar dokumen dan seterusnya mahir menggunakan email bagi kerja-kerjanya.

Kini, Pn.Norizan tidak lagi berasa bimbang dan kini mampu menaip lsegala aktiviti pemasaran dan menghantar segala katalog digitalnya menggunakan aplikasi di telefon bimbitnya dan komputer.

 

Celik IT:-

Nama     Ngokesah Haji Anuar  
Umur  64 Tahun
 Ahli 2020

 

Latar belakang:-

Pn.Ngokesah merupakan penerokawati Felda Palong 6. Beliau merupakan Pengerusi Sri Kandi Cawangan Palong 6. Beliau serorang yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Selain itu, beliau turut aktif dalam aktiviti marhaban, berzanji dan sebagainya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Pada awalnya, Pn.Ngokesah tidak mahir untuk menggunakan internet dan komputer. Beliau hanya tumpu kepada aktiviti kemasyarakatan. Segala laporan yang dihantar ke Pihak Jabatan Hal Ehwal Vateran (JHEV) adalah secara bertulis atau pun beliau membayar individu lain untuk membuatkan laporan berkenaan.

Justeru itu, beliau sangat terkesan dan buntu kerana dia kurang mahir menggunakan komputer dan kurang arif untuk melayari internet. Beliau juga sering berkunjung ke PEDi Palong 5 dan meminta bantuan daripada petugas untuk mengajar beliau cara-cara menggunakan komputer dan melayari internet. Beliau juga seorang yang ingin belajar dan mudah faham.

Selain itu, beliau juga tidak mempunyai akaun email dan tidak tahu menggunakan aplikasi berkenaan. Ini turut menjadi masalah kepada beliau kerana pihak Jabatan agama telah menguatkuasakan bahawa segala laporan perlu dihantar menggunakan aplikasi ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi Palong 5, beliau sudah mula faham dan boleh melakukan kerja-kerjanya sendiri. Kini, beliau juga sudah boleh melayari internet sendiri . Selain itu, beliau juga sangat gembira kerana sudah pandai membuka aplikasi whatsapp web menggunakan komputer.

Selain itu, selepas mengikuti kelas ICT, beliau juga telah mempelajari cara membuka akaun email, menghantar dokumen kepada pihak Jabatan Agama dan seterusnya mahir menggunakan email bagi kerja-kerjanya.

Kini, Pn.Ngokesah tidak lagi berasa bimbang dan kini mampu menaip laporan dan menghantar segala laporannya menggunakan aplikasi di telefon bimbitnya dan komputer

 

 

Celik IT

Nama     Nurida Binti Ahmad Sabri  
Umur   38 Tahun
 Ahli 2019

 

Latar belakang:-

Puan Nurida merupakan anak generasi kedua Felda Palong 6. Beliau merupakan ibu tunggal dan mempunyai 4 orang anak. Beliau bekerja sebagai guru Literasi Felda Palong 6 dan mempunyai 16 orang murid. Sifatnya yang lemah lembut dan penyayang menjadikan beliau sangat sesuai menjadi guru pendidikan awal kanak-kanak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Pada awalnya, Puan Ida mempunyai masalah apabila mengajar kanak-kanak kerana beliau kekurangan idea bagi mengisi pembelajaran di persekolahan mereka.

Justeru itu, beliau selalu berkunjung ke PEDi bagi meminta bantuan petugas untuk memuat turun lagu-lagu dan video kanak-kanak untuk mengisi waktu pembelajaran mereka. Puan Ida menjadi buntu apabila dia kekurangan idea bagi menarik minat kanak-kanak berkunjung di Pusat Literasi Palong 6.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi Palong 5, banyak perubahan yang dilihat oleh petugas, antaranya semua kerja-kerja Puan Ida sudah mula teratur. Beliau sudah mula mewujudkan fail bagi kanak-kanak dengan membuat senarai kedatangan menggunakan Microsoft word, memuat turun gambar dari internet dan membuat cetakan bagi melakukan aktiviti mewarna dan sebagainya.

Selain itu, selepas mengikuti kelas ICT, beliau juga sering berkunjung ke Pusat Internet untuk memuat turun lagu kanak-kanak, video kanak-kanak yang bermanfaat dan sebagainya.

Selain itu, Kerja-kerjanya juga sudah teratur dan semua kerjanya tidak menggunakan tulisan tangan lagi. Beliau sangat gembira dan berterima kasih kepada petugas PEDi kerana memberi tunjuk ajar kepadanya.

 

Usahawan Perkhidmatan Kereta Sewa

Nama     Ja'far Bin Ahmad   
Umur   59 Tahun
 Ahli 2020

 

Latar belakang:-

Encik Ja’far merupakan peneroka Felda Palong 6. Beliau merupakan Pengerusi Masjid As-Solihin Palong 6. Beliau serorang yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Selain itu, beliau mengusahakan perniagaan jenis perkhidmatan iaitu menyediakan khidmat sewaan kereta.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Pada awalnya, En. Ja’far tidak mahir untuk menggunakan internet dan komputer. Beliau hanya tumpu kepada aktiviti kemasyarakatan. Segala laporan yang dihantar ke Pihak Jabatan Agama adalah secara bertulis atau pun beliau membayar individu lain untuk membuatkan laporan berkenaan.

Justeru itu, beliau sangat terkesan dan buntu kerana dia kurang mahir menggunakan komputer dan kurang arif untuk melayari internet. Beliau juga sering berkunjung ke PEDi Palong 5 dan meminta bantuan daripada petugas untuk mengajar beliau cara-cara menggunakan komputer dan melayari internet. Beliau juga seorang yang ingin belajar dan mudah faham.

Selain itu, beliau juga tidak mempunyai akaun email dan tidak tahu menggunakan aplikasi berkenaan. Ini turut menjadi masalah kepada beliau kerana pihak Jabatan agama telah menguatkuasakan bahawa segala laporan perlu dihantar menggunakan aplikasi ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi Palong 5, beliau sudah mula faham dan boleh melakukan kerja-kerjanya sendiri. Kini, beliau juga sudah boleh melayari internet sendiri . Selain itu, beliau juga sangat gembira kerana sudah pandai membuka aplikasi whatsapp web menggunakan komputer.

Selain itu, selepas mengikuti kelas ICT, beliau juga telah mempelajari cara membuka akaun email, menghantar dokumen kepada pihak Jabatan Agama dan seterusnya mahir menggunakan email bagi kerja-kerjanya.

Kini, En.Jaafar tidak lagi berasa bimbang dan kini mampu menaip laporan dan menghantar segala laporannya menggunakan aplikasi di telefon bimbitnya dan komputer.

 

 

 

 

 

Usahawan Menjual Tupperware Brand & Kuih Que

Nama     Zalinah Binti Mohammad 
Umur   51 Tahun
 Ahli 2018

 

Latar belakang:-

Puan Zalinah merupakan peneroka Felda Palong 6 dan juga memegang jawatan di Masjid Felda Palong 6. Beliau dikenali dengan panggilan Mak Ina, seorang yang sangat aktif  dan sangat peramah serta murah dengan senyuman. Mak Ina juga sering mengikuti aktiviti GPW Felda Palong 6 dan aktiviti yang yang dianjurkan di PEDi Palong 5. Mak Ina juga seorang yang ingin tahu dan sering berkunjung ke PEDi Palong 5 untuk mendapatkan info atau memohon bantuan petugas melakukan kerja-kerjanya.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :-

Pada awalnya, Mak Ina tidak tahu menggunakan komputer dan dan melakukan kerja-kerjanya menggunakan tulisan tangan. Mak Ina juga sangat tertekan kerana ingin menyiapkan minit mesyuarat bagi kariah Masjid Palong 6 dengan tergesa-gesa kerana mengambil masa yang lama untuk menulis minit mesyuarat tersebut. Ianya menjadi masalah apabila kariah lain tidak faham dengan hasil tulisan tangannya. Ada yang merungut kerana tidak sesuai untuk masa kini segala surat ditulis dengan tulisan tangan.

Selain itu, Mak Ina juga ada menjalankan perniagaan makanan. Iaitu  kuih Que  tradisional. Mak ina hanya memasarkan jualannya dengan jiran tertangga dan tidak dapat pelanggan yang ramai kerana tidak tahu memasarkan produknya di media sosial. Ianya menjadi sukar dan beliau nekad untuk mengikuti kelas yang dianjurkan di PEDi  Palong 5.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :-

Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi  Palong 5, beliau sudah mahir menggunakan ICT. Iaitu beliau sudah mula laju menaip dan membuat susunan ayat yang tersusun dan cantik. Selain itu, beliau juga sudah boleh membuat minit mesyuarat bulanan sendiri tanpa bantuan daripada petugas dengan menggunakan ‘tools’ yang kemas dan tersusun.

Disamping itu, Mak Ina  telah mahir untuk menggunakan email bagi urusan rasmi. Selain itu, beliau mahir untuk menghantar dokumen-dokumen penting melalui emailnya sendiri.

Mak Ina juga sudah membuka akaun media sosial seperti facebook, instagram dan sebagainya. Beliau juga sudah boleh membuat ‘copywritting’ yang cantik dan menarik minat pelanggan. Kini, Mak Ina sudah mempunyai ramai pelanggan dan tempahan untuk sebarang majlis dan beliau sudah mula melakukan penghantaran dari rumah ke rumah.

Beliau sangat berpuas hati dan berasa lega dengan hasil yang diperolehnya kini.