Usahawan Perkhidmatan Insurans Dan Ejen BSN
Nama | Siti Noraishah Binti Mohd Zan |
Umur | 33 Tahun |
Ahli | 2019 |
Latar belakang:-
Puan Ishah merupakan anak peneroka Felda Palong 6. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Puan Ishah sangat disenangi ramai kerana perwatakannya yang sopan dan peramah membuatkan ramai yang begitu selesa untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Puan Ishah juga sangat aktif mengikuti aktiviti yang dijalankan di sekitar Palong 4,5,6.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-
Pada awalnya, Puan Ishah tidak mahir untuk menggunakan internet dan komputer. Beliau hanya tumpu kepada penjualan insuran dan transaksi BSN tetapi lain-lain penggunaan daripada itu beliau tidak mahir dan memerlukan bantuan petugas PEDi Palong 5.
Justeru itu, beliau sangat terkesan dan buntu kerana dia kurang mahir menggunakan komputer dan kurang arif untuk melayari internet. Beliau juga sering berkunjung ke PEDi Palong 5 dan meminta bantuan daripada petugas untuk mengajar beliau cara-cara menggunakan komputer dan melayari internet. Beliau juga seorang yang ingin belajar dan mudah faham.
Selain itu, beliau juga tidak mempunyai akaun email dan tidak tahu menggunakan aplikasi berkenaan. Ia menjadikan kerja-kerja menjadi sukar apabila pihak insuran ingin melihat data pelanggan mereka.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-
Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi Palong 5, beliau sudah mula faham dan boleh melakukan kerja-kerjanya sendiri. Kini, beliau juga sudah boleh melayari internet sendiri . Selain itu, beliau juga sangat gembira kerana sudah pandai membuka aplikasi whatsapp web menggunakan komputer.
Selain itu, selepas mengikuti kelas ICT, beliau juga telah mempelajari cara membuka akaun email, menghantar dokumen kepada pihak insuran dan seterusnya mahir menggunakan email bagi kerja-kerjanya.
Kini, Puan Ishah tidak lagi berasa bimbang dan kini mampu membuka syarikat insuran persendirian secara kecil-kecilan.