Usahawan Aneka Makanan

Nama     Rahizal Bin Raof   
Umur  36 Tahun
 Ahli 2019

 

Latar belakang:-

En. Rahizal merupakan merupakan menantu peneroka Palong 5. Beliau serorang yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Selain itu, beliau sangat aktif dengan aktiviti Pusat Internet. Beliau merupakan staff KEMAS Daerah Jempol. Beliau telah membantu isterinya berniaga di pasar malam dan pasar tani di kawasan Palong selama hampir setahun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI:-

Pada awalnya, En. Rahizal atau dikenali dengan nama Rizal tidak mahir untuk menggunakan aplikasi di atas talian. Beliau biasnya ditugaskan untuk membuat risalah dan promosi setiap aktiviti dan acara anjuran KEMAS. Beliau akan buat semua bahan promosi secara manual iaitu ‘design’ dengan menulis di atas kertas dan datang ke Pusat Internet dan fotokopi.

Justeru itu, beliau sangat terkesan dan buntu kerana dia kurang mahir menggunakan komputer dan kurang arif untuk melayari internet. Beliau juga sering berkunjung ke Pi Palong 5 dan meminta bantuan daripada petugas untuk mengajar beliau cara-cara menggunakan membuat pemasaran menggunakan media sosial. Beliau aktif bertanya kepada petugas Pusat Internet berkenaan ICT dan berkenaan perniagaan atas taliannya.

Selain itu, beliau tidak mempunyai kemahiran untuk berniaga di atas talian. Tetapi beliau sangat berminat untuk membuat jualan atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI:-

Selepas mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Palong 5, beliau sudah mula faham dan boleh melakukan kerja-kerjanya sendiri. Kini, beliau juga sudah boleh melayari internet sendiri . Di samping itu, beliau sudah mahir untuk membuat ‘design’ risalah menggunakan aplikasi atas talian seperti canva.com dan menggunakan Microsoft Publisher.

Selain itu, beliau banyak belajar berkenaan cara-cara membuat kertas kerja perniagaannya. Beliau juga rajin menghadiri kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet Palong 5.

Kini, En.Rahizal tidak lagi berasa bimbang dan kini mampu menaip segala aktiviti, laporan dan menghantar segala kerjanya menggunakan aplikasi di telefon bimbitnya dan komputer.

 

Celik IT

Nama     Remah Bt Shamsudin  
Umur  63 Tahun
 Ahli 2018

 

 Latar belakang:-

Pn.Remah merupakan penerokawati Felda Palong 6. Beliau merupakan ahli persatuan Sri Kandi Cawangan Palong 6. Beliau seorang yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Selain itu, beliau turut aktif dalam aktiviti marhaban, berzanji dan sebagainya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Pada awalnya, Pn.Remah tidak mahir untuk menggunakan internet dan komputer. Beliau hanya tumpu kepada aktiviti kemasyarakatan. Segala laporan yang dihantar ke Pihak Jabatan Hal Ehwal Vateran (JHEV) adalah secara bertulis atau pun beliau membayar individu lain untuk membuatkan laporan berkenaan.

Justeru itu, beliau sangat terkesan dan buntu kerana dia kurang mahir menggunakan komputer dan kurang arif untuk melayari internet. Beliau juga sering berkunjung ke PEDi Palong 5 dan meminta bantuan daripada petugas untuk mengajar beliau cara-cara menggunakan komputer dan melayari internet. Beliau juga seorang yang ingin belajar dan mudah faham.

Selain itu, beliau juga tidak mempunyai akaun email dan tidak tahu menggunakan aplikasi berkenaan. Ini turut menjadi masalah kepada beliau kerana pihak Jabatan agama telah menguatkuasakan bahawa segala laporan perlu dihantar menggunakan aplikasi ICT.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi Palong 5, beliau sudah mula faham dan boleh melakukan kerja-kerjanya sendiri. Kini, beliau juga sudah boleh melayari internet sendiri . Selain itu, beliau juga sangat gembira kerana sudah pandai membuka aplikasi whatsapp web menggunakan komputer.

Selain itu, selepas mengikuti kelas ICT, beliau juga telah mempelajari cara membuka akaun email, menghantar dokumen kepada pihak Jabatan Agama dan seterusnya mahir menggunakan email bagi kerja-kerjanya.

Selain itu, beliau telah mahir menggunakan komputer untuk membuat laporan bulanan dan minit mesyuarat GPW Palong 6. Beliau merupaka setiusaha untuk persatuan GPW Palong 6.Kini, Pn.Remah tidak lagi berasa bimbang dan kini mampu menaip laporan dan menghantar segala laporannya menggunakan aplikasi di telefon bimbitnya dan komputer.

 

 

Usahawan Barangan Kecantikan

Nama     Norlizawati Binti Isa 
Umur  36 Tahun
 Ahli 2018

 

Latar belakang:-

Puan Norlizawati lebih mesra dipanggil Kak Liza merupakan anak generasi kedua Felda Palong 6. Beliau juga seorang yang sangat ceria dan murah dengan senyuman. Beliau mempunyai 3 orang cahaya mata dan mewarisi perniagaan arwah ayahnya dimana menjalankan perniagaan perkhidmatan pengambilan lesen kenderaan. Selain itu, beliau juga menjalankan perniagaan sampingan secara atas talian dengan menjual barangan kecantikan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Pada awalnya, Puan Liza sering mengikuti aktiviti dan program yang dijalankan di PEDi  Palong 5. Beliau juga sering datang di PEDi Palong 5 bagi menguruskan pendaftaran peserta yang baru serta menguruskan kerja-kerjanya. Dengan bantuan petugas PEDi  Palong 5, beliau hadir dan menguruskan kerja-kerja menggunakan hasil tangan sahaja dan semua kerja-kerjanya tidak tersusun membuatkan beliau untuk mengikuti kelas-kelas keusahawanan di PEDi  Palong 5.

Justeru itu, beliau mengalami masalah dimana kerja-kerjanya tidak tersusun dan menggunakan tulisan tangan sahaja. Beliau juga mengalami masalah dimana tidak mahir menggunakan komputer, melayari internet dan mencetak dokumen-dokumen yang diperlukan.

Selain itu, beliau juga tidak mempunyai penyata kewangan perniagaan yang dijalankan serta susah mendapat sebarang peruntukan mahupun bantuan keusahawanan. Beliau juga sangat positif dan seorang yang bertanya soalan dan pendapat kepada petugas Pusat Internet Palong 5.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :-

Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi Palong 5, beliau sudah mula mahir menggunakan komputer dan melayari internet serta membuat dokumen-dokumen perniagaannya. Beliau juga sudah pandai menggunakan Microsoft Office dan membuat kerja-kerja serta terus mencetak dengan sendiri tanpa bantuan petugas lagi.

Selain itu, selepas mengikuti kelas ICT, beliau juga telah mempelajari cara menjual produk jualannya secara atas talian dan beliau juga telah mengikuti kelas keusahawan yang dianjurkan oleh PEDi  Palong 5. Beliau juga sudah mula menjual produk jualannya melalui platform shopee, lazada dan sebagainya.

Kini, Puan Liza sangat berpuas hati dengan hasil yang diperolehnya kerana kini kerja-kerjanya menjadi mudah dan tersusun. Selain itu, beliau juga sudah mahir dan kerja-kerjanya dilakukan sendiri tanpa bantuan petugas. Kini, beliau berasa sangat gembira dengan hasil yang diperolehnya.

 

 

 

Usahawan Perkhidmatan Jahitan Pakaian Lelaki, Perempuan Dan Sebagainya

Nama     Norhayati Binti Nordin    
Umur  39 Tahun
 Ahli 2017

 Latar belakang:-

Puan Norhayati merupakan anak peneroka Felda Palong 5. Beliau merupakan wakil ketua blok dan ahli GPW Palong 5. Beliau seorang yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Selain itu, beliau mempelbagaikan jahitan seperti membuat pelitup muka, ubah suai pakaian dan sebagainya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Pada awalnya, Puan Norhayati tidak mahir menggunakan komputer dan kerja-kerjanya menggunakan hasil tulisan tangan sahaja. Beliau juga aktif didalam GPW Palong 5 dan semua urusannya adalah menggunakan tulisan tangan sahaja. Ianya menjadi sukar dan kerja-kerja menjadi tidak tersusun.

Justeru itu, beliau sangat terkesan dan buntu kerana dia kurang mahir menggunakan komputer dan kurang arif untuk melayari internet. Beliau juga sering berkunjung ke PEDi Palong 5 dan meminta bantuan daripada petugas untuk mengajar beliau cara-cara menggunakan komputer dan melayari internet. Beliau juga seorang yang ingin belajar dan mudah faham.

Selain itu, beliau juga tidak mempunyai platform penyebaran promosi produk jualan dan hanya pelanggan sekitar kawasan sahaja yang mengetahui tentang perniagaan beliau. Ianya menjadi terhad dan tiada promosi perkhidmatan dijalankan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi Palong 5, beliau sudah mula faham dan boleh melakukan kerja-kerjanya sendiri. Kini, beliau juga sudah boleh melayari internet sendiri . Selain itu, beliau juga sangat gembira kerana sudah pandai membuka aplikasi whatsapp web menggunakan komputer.

Selain itu, selepas mengikuti kelas ICT, beliau juga telah mempelajari cara membuka akaun email kepada ketua GPW Palong 6 dan sebagainya. Beliau

Kini, Puan Hayati berasa gembira dengan hasil yang diperolehnya memberansangkan dan perniagaannya kini menjadi pilihan pelanggan di media sosial.

 

Celik IT 

Nama     Salmah Binti Majid 
Umur  61 Tahun
 Ahli 2020

 

Latar belakang:-

Puan Salmah merupakan penerokawati Felda Palong 6. Beliau merupakan Pengerusi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Felda Palong 6. Beliau juga seorang yang sangat aktif dalam Persatuan NGO. Seorang yang murah dengan senyuman dan sangat positif.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Pada awalnya, Puan Salmah  tidak mahir untuk menggunakan internet dan komputer. Beliau hanya menumpukan aktiviti hariannya kepada aktiviti kemasyarakatan. Beliau merupakan Pengerusi Pusat Latihan Dalam Komuniti (PDK) iaitu pusat latihan untuk individu kelainan upaya (OKU). Beliau perlu menghantar laporan bulanan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat. Segala laporan yang dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah secara bertulis ataupon beliau dibantu orang lain untuk membuat kerja-kerjanya.

Justeru itu, beliau sangat terkesan dan buntu kerana dia kurang mahir menggunakan komputer dan kurang arif untuk melayari internet. Beliau juga sering berkunjung ke PEDi Palong 5 dan meminta bantuan daripada petugas untuk mengajar beliau cara-cara menggunakan komputer dan melayari internet. Beliau juga seorang yang ingin belajar dan mudah faham.

Selain itu, beliau juga tidak mempunyai akaun email dan tidak tahu menggunakan aplikasi berkenaan. Ini turut menjadi masalah kepada beliau kerana pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menguatkuasakan bahawa segala laporan perlu secara berkomputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi Palong 5, beliau sudah mula faham dan boleh melakukan kerja-kerjanya sendiri. Kini, beliau juga sudah boleh melayari internet sendiri . Selain itu, beliau juga sangat gembira kerana sudah pandai membuka aplikasi whatsapp web menggunakan komputer.

Selain itu, selepas mengikuti kelas ICT, beliau juga telah mempelajari cara membuka akaun email, menghantar dokumen kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan seterusnya mahir menggunakan email bagi kerja-kerjanya.

Kini, Puan Salmah juga sudah mahir membuat laporan kewangan sendiri tanpa bantuan petugas dan  tidak lagi berasa bimbang dan kini mampu menaip laporan dan menghantar segala laporannya menggunakan aplikasi di telefon bimbitnya dan komputer.