Keusahawanan Dan Celik IT
Nama | : | Anis Zakiah Binti Zainal |
Umur: | : | 24 Tahun |
Ahli | : | 2018 |
Latar Belakang:-
Puan Anis Zakiah Binti Zainal merupakan petugas PDK Palong 6. Beliau seorang yang periang dan murah dengan senyuman. Beliau bekerja di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti dan merupakan pengurus PDK di cawangan Palong 6, Negeri Sembilan. Beliau sering berkunjung di Pi Palong 5 untuk menguruskan kerja-kerjanya yang memerlukan internet. Selain itu, beliau juga sangat rajin dan komited semasa menjalankan tugasannya sebagai pengurus di PDK Palong 6 itu. Semangat yang ditunjukkan dan komited didalam menjalankan tugas membuatkan beliau kelihatan seorang yang sangat disiplin dan tegas menjalankan tugas.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI:-
Pada awalnya, Puan Anis kurang mahir menggunakan komputer dan media sosial untuk mempromosi berkenaan perniagaan sampingannya.. Ianya membuatkan kerjanya iklannya menjadi lambat untuk dilihat oleh komuniti. Selain itu, kerja-kerjanya hampir 90% semua memerlukan penggunaan komputer untuk kerja seperti jadual, laporan bulanan pelajar. Beliau juga perlu menggunakan internet seperti membuat caruman KWSP pekerja dan sebagainya.
Justeru itu, beliau sangat terkesan dan buntu kerana dia kurang mahir menggunakan komputer dan melayari internet. Beliau juga sering berkunjung ke Pi Palong 5 dan meminta bantuan daripada petugas untuk mengajar beliau cara-cara menggunakan komputer dan melayari internet.Beliau juga seorang yang ingin belajar dan mudah faham.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Palong 5, beliau sudah mula faham dan boleh melakukan kerja-kerjanya sendiri. Kini, beliau juga sudah boleh melayari internet untuk membantu membuat caruman KWSP rakan sekerjanya selain membuat transaksi melalui internet dan juga Perkeso. Semua itu beliau sudah boleh melakukan sendiri tanpa meminta bantuan dari petugas lagi.
Disamping itu, Puan Anis telah mahir untuk membuat iklan di media social seperti menjual Kek, menjual kerepek dan menjual makanan kudap-kudapan.
Puan Anis seorang yang sangat agresif dari segi kemjuan pendidikan dan keusahawanan. Hal ini adalah kerana beliau sangat gemar bertanya berkenaan kemahiran ICT di Pi Palong 5.
Selain itu, Kerja-kerjanya juga sudah teratur dan semua kerjanya tidak menggunakan tulisan tangan lagi. Beliau sangat gembira dan berterima kasih kepada petugas Pusat Internet kerana memberi tunjuk ajar kepadanya. Kini beliau sudah membuat laporan harian dan bulanan pelajar menggunakan komputer dan hasilnya sangat mudah dan teratur.
Noramida Binti Baharom
Nama | : | Noramida Binti Baharom |
Umur: | : | 30 Tahun |
Ahli | : | 2015 |
Latar Belakang:-
Puan Noramida dikenali sebagai Mieda.Beliau merupakan ibu kepada 2 cahaya mata dan seorang yang sangat murah dengan senyuman.Beliau juga merupakan suri rumah dan sering mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan sekitar Palong 4,5,6 ini. Puan Mieda juga mengisi lapangnya dengan menjual pelbagai jenis kek dan manisan hasil daripada belajar di KEMAS Felda Palong 5.Beliau sangat meminati dan mula mengambil tempahan roti dari rakan-rakan dan saudaranya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Beliau langsung tidak mahir menggunakan komputer dan sering melakukan kerja-kerjanya dengan menggunakan tulisan tangan.Selain itu,ianya amat sukar kerana beliau sangat aktif dan perlu membuat kerja-kerjanya sebagai laporan.Selain itu juga,produk jualannya juga tidak mempunyai ‘stiker’ dan membuatkan promosi jualan produknya terganggu dan tidak mendapat sambutan yang menggalakkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi Palong 5 selama 3 bulan, Puan Mieda berasa sangat yakin dan beliau juga sangat bersemangat. Selain itu,beliau juga sudah mahir menggunakan komputer dan sudah menyiapkan tugasan kerjanya menggunakan komputer.Kerjanya menjadi kemas dan cepat.Disamping itu,beliau juga sudah mula membuat ‘sticker’ produknya sendiri dan hasilnya sangat memuaskan.
Selain itu, Puan Mieda juga telah mengikuti kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh PEDi Palong 5. Disitu,beliau telah diajar bagaimana menjana pendapatan yang lumayan dengan menggunakan media sosial.Beliau juga sudah mula memasarkan produknya melalui media sosial secara teratur dan kini,beliau sangat berpuas hati dengan hasil transformasi dirinya.Daripada seorang suri rumah,kini beliau menjadi seorang usahawan yang boleh meraih pendapatan dari rumah.Beliau sangat bersyukur dengan rezekinya dan kini beliau menjual produknya secara berterusan.